DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Achik Spin Meninggal Dunia

17 April 2010 Saya agak terkejut sebenarnya apabila menonton berita tv3 di mana Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad bin Mohd Sharir, 28 tahun meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Perhentian Nilai, PLUS yang menghala ke highway Beranang pukul 7 malam tadi. Ketika kejadian Achik Spin yang popular dengan lagu duetnya dengan siti nordiana iaitu memori berkasih  dikatakan menumpang kereta Toyoto Estima sahabatnya yang terbabas dan terlanggar signboard. Arwah Achik spin ikatakan tersepit di dalam kereta yang terbakar dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala nasib menyebelahi sahabatnya yang sempat menyelamatkan diri.

Dipetik daripada Kosmo Online

Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi. - Foto BERNAMA

Pemergian allahyarham Achik Spin merupakan kehilangan besar dalam industri seni tanah air selepas allahyarham Din Beramboi dan pastinya amat dirasai oleh  semua peminat dan penggiat seni di Malaysia. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan Malaysia.

Al Fatihah untuk allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Updated: Video Kemalangan Maut vokalis kumpulan spin Allahyarham Achik spin

Klik Sini

Incoming search terms: