Salam semua..
Bercakap tentang senaman, pastinya ramai tau bersenam tu ”melompat – lompat, goyang-goyang bontot, pegang dumbell sampai keluarkan peluh jantan’‘ dan pelbagai lagi gerakan yang muncul dalam kepala anda.
Hari ini, saya nak berkongsi beberapa jenis senaman dan fungsi senaman ini pada kita. Bukan apa kalau dulu saya sendiri pun ”kalau orang angkat kaki, saya pun angkat laa juga walhal harem tak tahu untuk apa”. ahaha!
Senaman Ketahanan seperti seperti berjoging, berenang dan berjalan kaki disarankan kerana senaman ini bukan saja baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda melakukan aktiviti seperti menaiki tangga.
Senaman Keseimbangan pula adalah senaman seperti tekan tubi dan mampu menguatkan otot kaki serta memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekal berfungsi. Manakala Senaman Fleksibiliti pula adalah senaman regangan badan. Kalau sendi anda bermasalah, senaman ini sangat sesuai dan contoh senaman fleksibiliti adalah seperti yoga dan aerobik.
Last sekali, senaman kekuatan bagi mendapatkan lebih stamina untuk membina otot dan membuat kerja. Sebenarnya senaman kekuatan ini membantu meningkatkan kadar metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah. Senaman ini sangat penting terutama pada mereka yang mengalami masalah lemak yang degil dan mengurangkan risiko asteoporosis.
P/s: Jadi, bila nak bersenam, anda kenalah tahu senaman apa yang bersesuaian mengikut kemampuan anda dan mulakan dengan perlahan – lahan. Ramai yang nak efek lebih punya sampai cedera tisu otot dan badan. Nasihat saya, janganlah tergesa – gesa nanti badan anda yang merana.
Incoming search terms:
- jenis senaman (264)
- jenis-jenis senaman (232)
- jenis senaman kardio (184)
- senaman antenatal (126)
- contoh senaman (89)
- jenis jenis senaman (62)
- contoh senaman cardio (56)
- senaman regangan (53)
- contoh senaman otot (48)
- senaman meningkatkan stamina (40)





