DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Taste Perempuan Memang Pelik..

 

Salam semuaa..

Entah kenapa semakin hari terasa semakin seronok menghentam kaum perempuan. Mungkinkah kerana perempuan ini sensitif atau mungkin jugak kerana mereka ini unik selalu memberi komen yang kerap membuatkan saya termenung lama. Kehkehkeh!

Taste perempuan memang pelik lagi memeningkan terutama memilih bakal cinta hati. Pelik dalam konteks saya kali ini apabila seringkali terjumpa awek punya lahhh tip top atas bawah tapi sekali pandang bf dia ”mak aihhhh mengalahkan Sarip Dol” Kehkehkeh! Percaya atau tak, mesti ada punya yang mengutuk dalam hati. Wahahaha!

 

Tapi itulahh manusia selalu mengharapkan yang comel dengan jambu, yang cantik dengan kacak, yang gemuk dengan boroi bak kata orang putih seperti ”beauty and the beast”. Kehkehkeh! Tapi kadang – kadang terasa jugak ”alaaaaa, ruginyaaa” Macamlaaaaa diri tuuu hensem sangat. grrrr!

Realiti kehidupan yang selalu terjadi sekeliling anda ”Tetiba time buka pintu bertembung dengan perempuan yang turut sama nak masuk sekali mesti otomatiknya ”Ehem, ladies first! Wahh, mesti kembang kuncup hidung si perempuan sambil dalam hati ”Boleh buat calon laki ini, Kau tak kacak rupa pun takpe janji kacak budi bahasa” Wahahahaha.

 

 

P/s: Itulahhh orang kata taste perempuan ini memang pelik ”walaupun muka pecah rumah tetap boleh dipejam mata janji hati bahagia” Bab hati ini tiada siapa boleh menduga sama seperti ‘‘mendulang emas di dalam selut” Hati kita hanya kita yang tahu. Kehkehkeh!

 

 

Incoming search terms:

Apabila wanita mengalami PMS….

 

Salam semuaa…

 

199817_193553650682564_100000837917556_407776_393267_n

Malam tadi entah apa mood saya, saya tergerak hati nak menonton sebuah video di Youtube setelah saya nampak ada orang post link ni di wall facebook nya. PMS??? Kenapa saya nak tengok video ni??? Bukan ke PMS tu berkaitan dengan wanita sahaja? Jeng jenggg….

 

 

Video yang bertajuk Pre Menstrual Syndrome by Maria Elena Zarul.

 

 

Premenstrual syndrome, or PMS, is a group of symptoms that start one to two weeks before your period. Most women have at least some symptoms of PMS, and the symptoms go away after their periods start. For some women, the symptoms are severe enough to interfere with their lives. – by Medline Plus -

 

 

Menurut video di atas, wanita yang mengalami PMS ni akan mengalami insecurity. Waktu-waktu macam ni lah wanita mula merasakan banyak kekurangan pada diri mereka. Mereka mula mengadu yang mereka tidak kelihatan cantik atau cukup sempurna. Bayangkanlah kalau awek anda tu top model tetapi tiba-tiba dia cakap,”I rasa I gemuk lah! Takutnye tengok cermin!” Sah lah tu tengah PMS. Keh keh keh!

 

Waktu PMS juga para wanita mula berkeinginan luar biasa! Ooppss jangan salah faham pulak. Maksud saya, berkeinginan luar biasa terhadap makanan laaa. Macam yang dilakonkan semula dalam video di atas, wanita yang PMS mula mengidam macam-macam jenis makanan! Dah macam orang pregnant pulak ye. Keh keh keh!

 

Mood swings! Ini memang biasa bagi wanita yang sedang mengalami PMS. Mula-mula dia okay, tapi dalam sekelip mata dia boleh berubah menjadi sangat moody. Pada pengamatan saya, perempuan yang mood swings ni mudah terasa walaupun dengan hal yang kecil. Jadi berhati-hatilah bila berkata-kata ye!

 

 

199817_193553647349231_100000837917556_407775_1063304_n

 

 

Ada lagi satu atau dua point mengenai PMS yang diutarakan oleh youtuber Maria Elena ini. Tapi tidak ingat pula saya. Kalau nak tahu, tengoklah video tadi sampai habis ya. Tujuan sebenar saya menulis entry ini adalah untuk mengingatkan para lelaki di luar sana agar menjadi lebih sensitif terhadap kaum perempuan.

 

Apabila kaum hawa mengalami PMS, memang ia akan menguji kesabaran kita kaum lelaki, sebab kita tak faham bagaimana rasanya PMS itu! Jangan malu bicarakan hal sebegina kerana ia berlaku secara semulajadi, dan ia berlaku kepada semua perempuan. Jadi, masa ni lah lelaki kena jadi lebih memahami dan beri perhatian secukupnye! (Dah macam Dr Fadzilah Kamsah. Erkk???)

 

 

 

 

 

P/s : Oh baru saya tahu Maria Elena tu pun blogger! http://peliks.blogspot.com/

Incoming search terms: