DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kucing Berak Berdarah l My Romeo

Salam semua…

Mesti dah ramai yang tahu saya ada membela beberapa ekor kucing parsi sebagai peneman untuk tido dan salah seekornya adalah My Charming Romeo. Seminggu lepas, saya agak kelam kabut sebabnya romeo saya ini berak berdarah dan perut bengkak tanpa sedar.

Selama seminggu terpaksa hantar romeo kat wad dan beberapa hari nampak dia murung dan agak garang bila nak peluk. Sebelum ini saya tak tahu rupanya bila nak ambil darah kucing, kena shave bulu kat lengan ”ingatkan manusia jer kena shave” ahaha.

Malangnya, lengan si romeo ini berketul – ketul jadi terpaksa carik tempat lain untuk ambil darah. ahaha!

Sasaran seterusnya adalah kat leher dan sehari selepas hantar blood test baru tahu rupanya ada infection pada buah pinggang disebabkan oleh mating. ehehe! Bagi sesiapa yang ada sepasang kucing parsi, pastikan keduanya dah boleh mengawan sebab kalau tak, akan ada infection pada kucing jantan yang terpaksa mengawal nafsu untuk dilepaskan. ahaha!

Apabila air suci kucing jantan tersumbat akan menyebabkan buah pinggang rosak dan kucing anda takkan mampu hidup lebih dari setahun. Untuk masalah berak berdarah pula, sebelum ini saya kerap menukar makanan daripada iams ke Science Plan dan mungkin jugak stress sebab tak dapat nak mengawan.

P/s: Jaga kucing ini kadang – kadang macam kena jaga baby. Rumah kena selalu bersih dan dimanjakan setiap masa. ehehe!

Incoming search terms:

Advertise Kucing Persia di Redmummy akhirnya..

Gambar kucing diambil daripada blog redmummy dot com


Salam kepada semua pembaca aie aka darkbatman. Hari ini saya tak mampu nak blogwalking 80% sejak berukband asyik buat hal ditambah kebizian mendapatkan kucing persia di Puncak Jalil. heh! InsyaAllah saya akan cuba membalas setiap komen yang diberikan di dalam blog darkbatman.

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Muka Surat : « Undur12