DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Menyepi Seketika l Biarkan Blog Tanpa Penunggu

Fuhhh akhirnya dapat juga online akhirnya. Selama beberapa hari ini, saya menyepi seketika bukan kerana mogok ekoran entri minyak masak yang naik mendadak tapi kerana internet yang sengal. ahaha!

Sebelum ini, saya banyak menghabiskan masa di cc bila takde internet tapi sekarang dah mula bekerja dan masa nak ke cc memanglah sangat limited. Bebanyak time kasih untuk rakan – rakan yang sentisa bagi komen dan singgah kat rumah yang tidak terurus ini. hoho!

Setahun saya berblogging, follower terkini akhirnya mencapai number fevret saya iaitu 2323. Tapi traffic pulak merudum tak terkata. ahaha! Sesekali macam ini seronok juga sebab dapat melihat sejauh mana blog boleh berkembang tanpa entri terkini.

P/s: Lepas ini dah boleh memulakan tugas membalas komen rakan – rakan seperti biasa. yahuuu! Unifi dan Streamyx mana lagi menguntungkan? Ada sesiapa boleh bagi pandangan?

Incoming search terms:

Harga ROn97 Naik 15 Sen l Harga Petrol Terkini 2010

Dek kerana Harga ROn97 naik 15 sen, kebanyakan stesen pam petrol hampir kesesakan kerana puluhan rakyat Malaysia berpusu – pusu mengisi minyak.

Sebelum ini, pada 1 November lepas, harga petrol ron97 sudahpun naik sebanyak 5 sen tapi kini nampaknya naik lagi 3 kali ganda. Haih, lepas ini naik kereta sorong jerla gamaknya. Peningkatan sebanyak rm0.20 dalam masa sebulan dan semakin membebankan rakyat.


KUALA LUMPUR, (Bernama) – Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam ini, menurut sumber hari ini. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.


Harga petrol tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Pada 1 Nov lepas, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter.


P/s: Walaupun naik rm.015 sen, rakyat Malaysia tetap kena isi minyak petrol jugak. Takkan nak biarkan kereta tersadai kat rumah. Dunia oh Dunia, semakin bankruplaaa duit poket pasni. hoho!

Incoming search terms:

Tips Tambah Berat Badan

Kali ini saya nak berkongsi Tips Tambah Berat Badan dan membina otot pada masa yang sama tas request admin Dunia Lelaki Maskulin . Tips hari ini adalah untuk mereka yang memang nekad nak naikkan berat badan ideal supaya lebih mantap.

Ada 3 perkara yang perlu anda utamakan jika ingin menambah berat dan membina otot dalam yang sama. Pertama, anda memerlukan agen perangsang iaitu aktiviti seperti latihan beban. Bagi wanita, jangan risau kerana badan anda tidak akan berketak – ketak dan anda boleh masuk sini untuk info yang lebih detail.

Kedua, anda memerlukan makanan yang berkualiti dan jangan risau dengan pengambilan lemak sekiranya anda ingin menambah berat badan. Lebihkan tumpuan pada pengambilan karbohidrat (60%), lemak (10-15%) dari jumlah keperluan kalori dan anggaran 100 hingga 150 gram untuk pembinaan otot tubuh.

Last sekali, anda juga memerlukan suplemen tambahan seperti keratin, glutamin atau lebih mudah jika anda mengambil kapsul multivitamin setiap hari. Nisbah lemak dan otot adalah 4kg otot sama dengan 1kg lemak.

Tidur yang cukup sebenarnya membantu pembesaran badan selain menjauhkan diri dari tersepit dengan masalah emosi. Emosi boleh menganggu cara pemakanan anda dan boleh menjadi musuh utama untuk anda menambahkan berat badan.

P/s: Untuk mendapatkan badan yang berotot dan tidak mengelebeh, anda perlu bersenam dan latihan beban merupakan pilihan yang terbaik.

Incoming search terms:

Muka Surat : « Undur1...6789101112131415Depan »