DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Senarai peserta Darkbatman.com Giveaway

 

Salam semuaaa….

 

Maaf sebab saya lambat sangat update entry senarai pemenang ni. Kesibukan yang melanda membuat saya hampirrrr terlupa nak update! Kehkehkeh. Harap dimaafkan saya ye. Pasti mereka yang menyertai giveaway ini dah lama menanti senarai. Baiklah mari kita check…

 

banner GA Darkbatman

 

SENARAI PESERTA :

  1. herhappyendingstory.blogspot.com
  2. nurulezateegj.blogspot.com
  3. ainatul-wajihah.blogspot.com

 

Akhirnyaa… inilah dia senarai peserta. Maaf yang tidak terhingga kepada para peserta yang ternanti-nanti. Sila check link masing-masing ye. Ada link yang saya tidak masukkan kerana bila klik pada link yang ditinggalkan “Page not found” pulakkk. Ohh kecewa hasrat dihati nak check entry peserta.

 

 

Jika ada apa-apa boleh drop comment ye. Terima kasih dan goodluck semua!

Incoming search terms:

Wujud Ker Perempuan Pasang Ramai?

Salam semuaa..

Perempuan pasang ramai mungkin kedengaran seakan janggal tapi sememangnya wujud. Lelaki pasang ramai memang tak boleh disangkal  lagi tapi bila perempuan yang pasang ramai, rasanya semua akan geleng kepala. Kehkehkeh!

Saya selalu fikir perempuan pasang ramai mesti rupa dia mengalahkan Angelina Jolie seseksi Megan Fox malah mungkin secantik FAZURA? ”Apa guna muka cantik kalau hati sebusuk longkang andai diberi sepuluh sekalipun mungkin hanya sesuai ditinggalkan di tepi jalan”. Maaf bukan kami hilang ingatan tapi itu balasan buat anda yang tak tahu belajar memberi kesetiaan.

Perempuan kerapkali dahagakan perhatian sehingga lupa permata di depan mata dijadikan hingusan di atas sofa. Indah hanya sementara tapi luka  takkan mudah diganti dengan kata-kata. Hari ini anda melayan dia, esok anda melayan saya mungkin lusa kami hanya mangsa yang entah tiada kesudahannya.

Tak salah mencari perhatian tapi janganlah pula sehingga terpijak periuk api kelak terbakar badan hanya kekesalan yang menemani. Perempuan sebegini bijak sebenarnya tapi lupa what goes around comes around. Ohh dunia.

Lebih lagi bila kenal dengan perempuan hati kering sama seperti menyiram pokok di padang pasir. Orang tua – tua selalu kata ”Jangan mengharap pada yang tak sudi tapi kata saya pula Jangan menunggu buah durian jatuh ke bumi”. Betul anda rasa she’s the one yang cantik, yang baik dan PALING SEMPURNA tapi di atas setiap kesempurnaan pasti ada kekurangan.

Muhasabahlah diri kerana Cinta yang SEMPURNA hadir dengan Dugaan dan Rintangan bukan sekadar LAFAZKAN sayang tanpa melalui KEPERITAN. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

P/s: Mase kecik-kecik, selalu tengok dalam tv kalau love story mesti kena lalui susah baru hidup BAHAGIA. Bila saya besar, saya buat benda yang sama untuk AWAK sebab saya FIKIR bila berusaha mengejar CINTA, kita akan BERSAMA tapi baru saya tahu semua tu, hanya DRAMA. TIPAH TERTIPU!

Incoming search terms:

Cinta Sejati Seorang Lelaki

 

Salam semuaa..

Lama saya tak update entri emo dalam blog kesayangan tapi hari ini feeling sedih terlebih di hati. Kalau anda tak suka, boleh pangkah terus tanpa segan silu. Wujud ker Cinta Sejati Seorang Lelaki? Wujud bagi mereka yang percaya dan palsu bagi mereka yang kecewa. Phuhhhh puitis pulak kan? kehkehkeh!

 

 

 “Never give up without putting up a good fight if you feel that she is the one!”

Andainya anda menemui seseorang yang anda tidak boleh hidup tanpanya, its time for  you to put up a good fight for your love. Kenapa? Finding the one bukanlah sesuatu yang mudah. Pepatah ada mengatakan ’semakin susah dapat, semakin susah dilepas.’ ”Semakin lama bertaut, semakin kuat akarnya” sama juga dengan cinta. Semakin lama bersama, semakin sukar untuk berpisah.

 

Bila  berkawan tak semestinya bercinta…
Bila bercinta tak semestinya bertunang…
Bila bertunang tak semestinya berkahwin…
Bila berkahwin tak semestinya kekal hingga ke akhir hayat…

 

Cinta sejati bagi seorang lelaki apabila dia sanggup berkorban segalanya untuk perempuan yang dia YAKIN untuk hidup bersama. Cinta yang sanggup dikejar walaupun kesudahannya mungkin bukanlah seperti yang diinginkan. Anda pernah percaya pada True Love?

Dulu saya selalu fikir, bila kita berusaha bagi yang terbaik pasti kita akan memperoleh pengakhiran yang Happy Ending tapi dunia tidaklah seindah Drama. Takkan ada Romeo dan Juliet dalam hidup ini yang sanggup berkorban untuk Cinta. Semuanya hanya janji palsu semata – mata.

4 tahun anda berusaha separuh mati sehingga dia menjadi SEMPURNA boleh ditukar dengan 4 bulan cinta yang baru. Indahnya cinta kerana boleh melupakan segala-galanya. Perit tapi itulah realiti hidup. Bila berbahagia, orang takkan rasa kesusahan selama bersama kerana semuanya boleh ditukar ganti dengan nyawa.

 

‘Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima’

 

 

P/s: Jangan siakan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234567...14Depan »