DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Trafik Darkbatman Sepanjang Minggu Ini

Salam semuaa..

Rasanya dah lama hampir setengah tahun tak pernah update pasal trafik blog darkbatman.com. Dua tiga menjak ini post untuk blog berkurangan daripada biasa tetapi kekangan masa tetap saya update mana yang sempat untuk anda semua. Walaupun blog in dah tak berapa aktif macam dulu dengan entri masakan, video fitness tapi insyaAllah semua itu akan diserapkan semula nanti.

Sekarang ini walaupun saya jarang update tetapi sambutan daripada reader semakin menggalakkan. Mulanya rasa macam mesti trafik akan berkurang tambah pulak fanpages pun dah kurang ping entri  tapi alhamdulillah sehingga hari ini blog darkbatman masih mampu mengekalkan trafik 2k sehari tanpa entri yang banyak juga tanpa ping kat mana – mana. Terima kasih buat reader blog.

Blog ini dihasilkan dengan niat untuk berkongsi ilmu dan juga pengalaman bersama reader. Walaupun tanpa income seperti dulu tetapi tetap bersyukur dengan ilmu yang dikongsikan di dalam blog dapat memberi manfaat kepada anda semua. Kepuasan berblog lebih diperolehi tanpa meletakkan harga kerana apabila tiada income semangat berblog takkan hilang kerana kembali kepada niat asal. Selamat berblogging semua.

 

Incoming search terms:

Petua dan Tips Kuruskan Badan

Salam semuaa.

Banyak cara nak kurus tapi berapa ramai yang amalkan cara nak kurus. Jom kuruskan badan bersama – sama.

1.   JANGAN BERLAPAR    
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang  dari apa yang kita ambil, badan akan terkejut. Badan akan mula membakar  ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar  metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun  tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi  metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar  kalori pada tahap yang sama lagi.

 2.   AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 
Minumlah  kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara inimenyebabkan tekak merasa  pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim  dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh  menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

 3.   MINUM 8 GELAS AIR  SEHARI 
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan  makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan  dengan banyak.

 4.  ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS 
Minuman bergas biasanya  mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan  tubuh.

 5.  KURANGKAN  PENGAMBILAN GARAM 
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan  penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda  menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan  air.

 6.  AMBIL SARAPAN  PAGI 
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan  pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang  mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan  paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.

 7.  MAKANLAH  DENGAN PERLAHAN-LAHAN 
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan  dan jangan gopoh kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh  akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

 8.  KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH  KECIL 
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum  menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

Incoming search terms:

Tarikh 1 Ramadhan dan 1 Syawal Tahun 2011 dan 2012

OFF

 

JAKIM telah mengeluarkan tarikh-tarikh penting atau perayaan umat Islam untuk tahun 2011 dan 2012. Mesti ramai yang nak tahu tarikh 1 ramadhan dan juga 1 syawal. Mesti tertanya – - tanya, bila akan mula berpuasa dan beraya. Untuk yang bertanda star (*) tarikh tersebut adalah tidak rasmi, untuk tarikh rasmi kena tunggu pengumuman di TV nanti selepas tengok anak bulan

Tarikh 1 Ramadhan 2011 : 1 Ogos, hari Isnin

Tarikh 1 Syawal 2011 : 30 Ogos, hari Selasa

 

 

Incoming search terms: