DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

5 Aktiviti untuk Kekal Langsing dan Kurus

Salam semuaa..

Nak kurus dan langsing sebenarnya tak susah pun cuma perlukan usaha dan semangat yang kuat. Semua orang nak kurus, saya pun nak kurus tapi macam mana nak jadi kurus? Ada banyak cara nak kurus tapi salah satunya dengan mengawal jumlah pengambilan dan pembakaran kalori yang betul.

darkbatman

Apa jenis diet yang anda buat sekalipun, pastikan jumlah kalori yang anda ambil tidak lebih dari aktiviti yang anda kerjakan.  Aktiviti apa yang boleh bakar kalori?

Shopping

Sebut shopping mesti perempuan tersenyum melebar! Seharian berjalan di shopping mall takkan rasa penat andai anda perempuan. Walau setinggi bangunan mana dibina tapi setiap lot dipenuhi dengan barangan wanita, percaya lah perempuan takkan sesekali mengeluh apalagi merajuk. kehkehkeh!

Dengan shopping, anda mampu membakar sehingga  243 kalori.

Membersih Rumah

Membersih rumah ini antara aktiviti wajib bagi anda yang memiliki rumah. Selain rumah bersih, anda dapat bakar kalori sebanyak 80 dengan setengah jam mengemas rumah. Tiada lagi alasan untuk malas. Kehkehkeh!

Memasak

Memasak pun boleh membakar kalori? Aktiviti memasak selama 30 minit mampu bakar sebanyak 70 kalori. Lagi banyak menu memasak, lagi banyak kalori dibakar.

darkbatman

Jogging

Selain bakar kalori, dengan joging anda boleh melatih kekuatan otot kaki, perut dan punggung. Berapa banyak kalori akan dibakar? 374 kalori.

Naik Turun Tangga

Cara cepat nak langsingkan badan sekiranya anda ada tangga kat dalam rumah. Bayangkan, 30 minit anda naik turun tangga mampu membakar kalori sebanyak 200 tanpa perlu keluar rumah? Kalau takde tangga kat rumah, boleh cuba naik tangga kat shopping mall. Cadangan: Jangan naik lif dan parking kat tingkat paling bawah sekali. Kehkehkeh!

P/s: Senaman yang paling simple tapi kalau anda malas, takde gunanya. Paling penting nak cantik dan kurus ini haruslah penuh dengan keyakinan dan semangat.

Incoming search terms:

Jenis Bentuk Badan Lelaki

 

Salam semuaa..

Setiap lelaki mempunyai bentuk badan yang berbeza iaitu ada yang kurus, ada yang gemuk, ada yang chubby dan ada jugak yang sederhana di mana semua ini dipengaruhi oleh faktor genetik. Hari ini, saya nak share bentuk badan lelaki yang perlu anda tahu manalah tahu lepas ini, anda nak membina badan kasi mantap. Kehkehkeh!

Ectomorph

Ectomorph ini merupakan bentuk badan yang kurus dan sangat sukar nak naikkan berat badan. Makanlah sepuluh pinggan sekali pun pinggang tetap kurus melidi. Terase hati? its the truth. Orang yang berbadan Ectomorph ini mempunyai dada leper seperti Nabil, yasin dan juga Mazlan pet pet.

Mesomorph

Mesomorph pulak mempunyai bentuk badan yang jauh berbeza dengan Ectomorph iaitu badan mereka lebih berotot dan berdada bidang. Golongan ini lebih cepat mengumpul lemak berbanding ectomorph dan mempunyai bentuk badan V seperti Arnold susah nak eja dan Chris Evans. Kehkehkeh

Endomorph

Endomorph pulak jenis badan yang chubby dan berlemak dan mempunyai bentuk muka yang lebar. Kalau makan sikit pun, badan tetap cepat naik dengan mendadak dan contoh yang selalu kita tengok adalah Jack Black.

 

 

 

Incoming search terms:

Diet dan Latihan Bulan Puasa

 

Salam semua..

Hah, puasa dahpun 2 minggu tapi perut masih buncit, pipi masih tembam, bontot masih bulat. Kehkehkeh! Persoalannya, bila waktu yang sesuai untuk membuat latihan ketika bulan puasa?

Dugaan yang paling besar ketika puasa adalah memastikan badan cukup nutrisi yang diperlukan dan memastikan kemasukan air yang betul supaya tidak dihidrasi dan mengubah latihan yang sesuai.

Masa terbaik untuk melakukan latihan adalah ketika tidak berpuasa iaitu sesudah berbuka. Masa ini adalah masa terbaik untuk mengelakkan dari kehilangan otot. Latihan ketika dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan sebanyak 3 hingga 12 peratus. Masa kedua terbaik adalah selepas berbuka di mana latihan pendek sekitar 30 minit.

Bagaimana dengan latihan kardio? Ketika bulan puasa, latihan kardio perlu dikurangkan sekitar 2 kali seminggu sahaja dan masa terbaik sebelum sahur. Disebabkan masa pemakanan yang berubah dan tidur yang pendek, tiada masalah catabolisme jika melakukan senaman kardio sebelum sahur.

Kalau dah takde pilihan sangat, lakukan 3-4 jenis latihan jenis kompoun seperti bench presssquat dan deadlift sebelum berbuka. Paling lama 1 jam tapi sasarkan 8-12 ulangan sekiranya aim anda adalah membina otot dan membakar lemak kerana membina otot akan menaikkan kadar metabolisme dan meningkatkan kadar pembakaran dengan lebih cepat.

Incoming search terms:

Muka Surat : 123Depan »