Meriahnya Berbuka Puasa Bersama Blogger l Cikepal,Nisa Kay,Linda,AkmalHilmi,Yuyu Musa dan Anak Perak
Salam semuaa..
Seperti mana yang di war-warkan kat facebook, akhirnya semalam dapat jugak berbuka puasa dengan rakan – rakan blogger. Ikutkan perancangan majlis berbuka puasa kali ini diserikan sekali dengan Aizul Marcello dan Carl Samsudin tapi diaorang tak sempat nak datang ke rumah. Takpe – takpe lepas raya ada lagi. Muka – muka femes tuuu dia, Cik Epal, Nisa Kay, Akmal Hilmi, Shaheizy Sam, Anak Perak, Linda dan Yuyu Musa.
Menu berbuka puasa simple jer iaitu Nasi minyak, kuih muih dan apam polkadot. Kehkehkeh!
Pasangan bahagia Shaheizy Sam dan Cik Epal gonjeng! Ehhh spot pisanggg! Kehkehkeh!
Spot Akmal Hilmi, Nisa Kay dan Yuyu Musa
Sesi berbuka puasa ala santai di ruang tamu versi darkbatman. Meja makan kecik jadi terpaksa makan kat bawah. Bawah ponn bolehhhh! Kalau tak sedap tuuu senyap – senyaplaaa ye! Kehkehkeh!
Mesyuarat tingkap dimulakan oleh Cik Epal Gonjeng dan Nisa Kay diadili oleh Redlinda. Ahli – ahli tetingkat tekun mendengar dengan penuh kusyuk. Kehkehkeh!
Dah habis kenyangkan perut, Cik Epal mintak nak bergambar pulakk. Ehhh blogger femes nak bergambar haruslahh posing habesss! Aksi skandal terhangat bersama Yuyu Musa. Kehkehkeh!
Oh no! PArahhh! Parahhhhhhhh! Parahhhh dahhh nampaknya! Tak lama lagi mau Abg Menjah bawak meriam besor! Kehkehkeh!
Woot woot aksi Nisa Kay bersama pisangggg! Kehkehkeh!
Ehhh ke mana pisang menghilang? Kehkehkeh!
Dah selesai kenyangkan perut, aktiviti last bergambar beramai – ramai bersama blogger. Hoh tak lekang berposingggg bila bersama blogger. Memang meriah, memang kenyang, memang best berbuka bersama diaorang. Nak tengok betapa seronoknya aktiviti malam tadi, meh layan vlog berbuka puasa bersama darkbatman di Armanee Condo. Kehkehkeh!
P/s: Thanx untuk rakan – rakan blogger yang datang memeriahkan majlis berbuka puasa saya malam tadi. Terharu, seronok dan segala jenis perasaan bersarang dalam hati bila dapat berjumpa dengan anda semua. Raya nanti datanglaa lagi.















