Salam semuaa..

Lama tak keluarkan entri kucing memandangkan partner saya dahpun kerap up kat blog beliau Penmerah.com so saya kurangkan update kat sini. Dah lama gila tak bagi anda tengok gambar kucing kesayangan saya Junior, Soxky dan Romeo yang dahpun berusia 4 bulan.

Bagusnya ada kucing ini kerana menjadi peneman setia dikala sunyi, pengubat luka ketika sedih dan penawar hati ketika dilukai. 3 ekor tu, paling saya sayang Soxky sebab banyak meninggalkan kenangan buat kami berdua. Berdua? Biarlah rahsia. =_=
P/s: IMY.
Incoming search terms:
Salam semuaa..

Sebut Aizul Marcello mesti ligat jer mata perempuan nak baca entri kan? Sebelum ini, kenal Aizul ini pun dari facebook dulu sebelum skodeng blog beliau iaitu AizulMarcello.com. Haaa, punya laa lama tak masuk sampaikan tak tahu dia dah bertukar kepada domain. Kehkehkeh!

Persamaan kami? Hensem?Muda? Waawaaaa semuanya tak tapi aizul memang ada ciri -ciri tu. Kehkehkeh! Kali ini, Aizul Marcello datang ke rumah untuk exchange kucen memandangkan kami adalah cat lovers.!

Dari Melaka sampai ke damansara, fuhhhh tabik kat dia. Tapi semalam, tak jadi untuk exchange kucen memandangkan kucing betina takde kat rumah, jadi maybe untuk next trip bolehlaaa bawak irine sekalikan? Wahahahahahaaa.
P/s: First time jumpa baru tahu, rupanya peramah dia ini. Kehkehkeh!
Incoming search terms:
Salam semuaaa…
Masih lagi cerita mengenai Wrangler. Dalam entry sebelum ni saya dah pernah kongsikan dengan anda yang saya mendapat jemputan untuk menjadi model catwalk untuk koleksi musim panas Wrangler. Kehkehkeh!! Layak ke jadi model catwalk?

Wahahaa demikianlah muka-muka excited+bangga sesangat bila dapat jadi model untuk Wrangler. Peluang yang bukan mudah nak dapat bhaiii!!! Demi pengalaman, saya atasi jugak perasaan malu-malu kucing yang bersarang dalam diri. Kehkehkeh…

Wrangler Fashion Show dimulakan dengan persembahan tarian. Dengan bertemakan lagu Can’t Be Tamed oleh Miley Cyrus, dengan saya-saya sekali rasa nak berjoget-joget atas pentas runway. Tapiiii.. kalau saya yang menari, cuba bayangkan tiang letrik cuba menari. Kehkehkeh!! Boleh muntah hijau lima baldi!

Meraka bertiga ni lah model profesional malam catwalk tuuu… Mak aihh mana boleh lawan dengan yang profesional! Saya pulak baru pertama kali nak melangkah di pentas runway. Menggeletar kepala lutut. Kehkehkeh!

Ni pulak blogger-blogger wanita yang turut terpilih menjayakan catwalk ni. Hamboiiii jelita sungguh ketiga-tiganye. Mana boleh lepaskan peluang cuci mata. Kehkehkeh!!

Yang kacak-kacak belaka ni pula blogger lelaki yang dipilih Wrangler. Wahhh bukan main semuanya dah habis control macho muke tuh. Kehkehkeh… Turut bersama menjadi blogger model ialah CheArmster dan Hamzah Ian.

Saya pula??? Okay jom gelak dulu kehkehkeh!! Setiap langkah di pentas runway disertai degupan jantung bagai nak pecah, silap hari bulan boleh meletup dada ni dek kerana berdebar yang teramat! Kehkehkeh!! Anda semua boleh KLIK DI SINI untuk tengok gambar-gambar saya catwalk. Cehhhh nak promote jugak! Kehkehkeh!!!
Terima kasih tidak terhingga kepada dan Wrangler dan Nuffnang di atas peluang yang sangat berharga nih! Mungkin lepas ni Darkbatman akan dipanggil lagi untuk jadi model? Kehkehkeh!!!
P/S : All pictures are courtesy of MyWrangler.
Incoming search terms: