DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips Makan Secara Sihat

Salam semuaa..

Sekian lama menyepi dari menu diet bersama saya di dapur dan kali ini saya luangkan masa untuk berkongsi Tips Makan Secara Sihat dengan menu istimewa iaitu sandwic versi batman. Jom teruskan bersama!

IMG_4518

Untuk mendapatkan badan yang cergas dan sentiasa fit, pemakanan antara perkara pertama saya pentingkan setiap hari. Tips yang kerap digunakan biasanya saya akan elakkan makanan bergoreng dan suka dengan makanan yang direbus ataupun kurang minyak.

Sesuai dengan menu diet saya hari ini yang ringkas tapi berkhasiat, cara nak sediakan adalah dengan memilih gardenia wholegrain fibremeal, tuna mayonaise, buah tomato, salad dan sebiji telur.

IMG_4525

Kenapa mesti ada telur? Telur adalah sumber protein terbaik dan takkan menggemukkan sekiranya diambil dalam kuantiti yang betul.

IMG_4529

Kali ini,  telur digunakan untuk menyalut pada kepingan roti.

IMG_4536

Minyak bukan tak boleh digunakan dalam masakan cuma seeloknya gunalah minyak zaitun dan kurangkan sedikit ketika memasak kerana kandungan minyak ini boleh menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Jadi kalau anda yang suka makanan bergoreng seperti ikan goreng, ayam goreng dan makanan yang ada nama goreng kat belakang tu, ubahlaaa resepi tu sikit yer!

IMG_4547

Buah-buahan dengan saya ibarat isi dengan kuku. Takde buah mana boleh jadi lelaki bhaaaii! Ehhh melenconggggg. Buah – buahan ini menu wajib dalam hidangan saya dan kalau orang lain boleh jadikan Mr Potato sebagai snek kegemaran tapi buah – buahan pula adalah snek kegemaran saya. Berbeza? Yes itu yang membezakan seorang yang mementingkan kesihatan sepanjang masa. Kehkehkeh!

IMG_4564

Bila lelaki di dapur, air tangan lelaki lagi mahal dari perempuan woooo! Kehkehkeh!

IMG_4567

Sandwic versi batman. Mudah dan menyihatkan.

IMG_4570

Sebenarnya, nak dapat badan yang sihat jawapan dia mudah sangat cuma mampu atau tak untuk kita melakukannya. Menu kurangkan minyak dalam masakan antara tips terbaik dalam menguruskan badan dengan berkesan. Kurus tapi tak fit? Apabila kita berjaya mengawal cara pemakanan seharian, jangan pula exercise ditinggalkan kebelakang.

IMG_4629

Pengalaman saya sendiri sebelum mendapat badan idaman, setiap hari saya mengawal nafsu makan yang besar dengan hanya mengambil menu dari jadual piramid makanan dengan cekalkan hati setabah mungkin. Dah dapat target berat tu, langkah seterusnya saya banyak menghabiskan masa setiap hari di gym dengan membentuk badan yang diingini. Lelaki biasanya ada aim bahagian yang nak diketulkan sepert chest,wing,lengan tapi semua tu tak mustahil kalau anda betul – betul tekad dan berusaha kerana semuanya bermula dengan gaya hidup yang sihat. Kehkehkeh!

Tips Gaya Hidup SIhat

Sebelum terlupa, sekiranya anda ingin mendapatkan lebih tips kesihatan tentang amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal, jangan lupa menonton rancangan Sihat 1 Malaysia yang dihoskan oleh Fahrin Ahmad. Malah anda boleh mendengar tips kesihatan terkini daripada selebriti lain iaitu Siti Saleha, Chef Zaidah, Ifa Raziah dan ramai lagi.

P/s: Maklumat lanjut untuk mendapatkan cara pemakanan dan tips kesihatan yang lebih baik dengan melayari Laman web Gaya Hidup Sihat.

Incoming search terms:

Minuman Yang Menggemukkan

 

Jus Buah – Buahan

Mempunyai kalori yang sama dengan minuman bersoda tapi tetap ada vitamin dan aktioksidan tanpa tambahan gula. Elakkan mengambil jus yang mempunyai tambahan pemanis dan kurangkan kalori dengan mencampurkan jus bersama dengan air.

 

Smoothies

Smoothies tidak membuatkan anda rasa kenyang dalam waktu yang lama dan sebenarnya inilah kalori yang tersembunyi dalam badan. Pilihlah smoothies yang paling sedikit gulanya, mengandungi gula segar, susu rendah lemak atau buah segar.

 

Smoothies yang terdapat di restoran mengandungi aiskrim atau bahan perasa yang membuatkan kalori bertambah tinggi.

 

 

Susu Rendah Lemak

Mengambil minuman yang kaya kalsium amat baik untuk tubuh tetapi kalsium tidak akan membantu mengurangkan berat badan tapi kekurangan kalsium juga boleh membawa kenaikan kepada sel lemak.

Incoming search terms:

Body Ketul Ketul Dalam 3 Bulan l Better, Undoubtedly

 

Salam semuaa..

 

11853_1164166740119_1106389272_30463809_5745472_n

3 bulan body ketul – ketul? Boleh percaya ker? Dahulunyaaa.. ‘’alahhh bro, mustahil laa 3 bulan nak dapat body macam fahrin ahmad’’ Bermimpi di siang hari jerlaa nampaknya.

 

Nak dapat apa yang saya inginkan yang saya perlu ‘’percaya pada diri sendiri dan yakin dengan apa yang saya nak’’. Ramai yang cakap bukan senang nak dapatkan badan yang mantap lagi – lagi dalam masa 3 bulan. Tapi…

 

229239_4580735945_644390945_244187_5137_n

Saya mula nekad work out dengan gigihnya untuk dapatkan badan idaman saya.

 

Dengan latihan senaman rutin yang konsisten dan menjaga pemakanan yang betul, pada bulan pertama badan saya mula menampakkan perubahan ‘’muscle mula keluar’’. Gembira tak terkata dengan hasil yang diperolehi itupun selepas sebulan perah tenaga. Kehkehkeh!

 

page

Berbekalkan kerjaya sebagai fitness trainer di Celebrity Fitness One Utama menambahkan lagi azam saya untuk membentuk badan yang mantap. 2 kali sehari work out mempercepatkan muscle untuk terbentuk.

 

cats

Pertama kali featured in MASKULIN 2007.

 

32105_128987383791256_128985930458068_202821_7587687_n (1)

Hasilnya? Better, undoubtedly.. Yakin dengan pilihan yang dibuat dan jangan sesekali putus asa pasti hasilnya berbaloi – baloi!

 

Seperti kempen terbaru Proton Persona – Better, Undoubtedly, dengan confident level yang tinggi kita mampu capai apa yang kita mahu! Dengan pemanduan penuh yakin bersama Persona, ia mampu memberi impak hebat kepada ramai pemandu di luar sana.

 

Salah seorang duta kempen Better, Undoubtedly juga tidak terkecuali. Aanantha, Dj THR Raaga juga mempunyai pengalaman menarik berkaitan dengan keyakinan diri. Beliau bukan sahaja bekerja sebagai Dj radio malah menyertai sebuah band diberi nama Synergy dan menguruskan sebuah studio produksi bersama seorang ahli keluarga. Memang mantap!

 

Sempena kempen Better, Undoubtedly, Aanantha akan mengadakan bengkel keyakinan diri bagi kanak-kanak terpilih yang ingin mencapai impian dalam bidang muzik dan seni persembahan bertujuan membimbing kanak-kanak terbabit untuk membina keyakinan diri.

 

Yang bestnya, bengkel satu hari ini bakal mengandungi kelas nyanyian, kelas lakonan dan membuat kostum, kelas tarian dan juga membantu dalam pembangunan kemahiran interpersonal. Pendek cerita, bengkel ini bertujuan untuk mengasah bakat, komunikasi dan tahap keyakinan.

 

Bagi saya laaa, kempen Proton Persona – Better, Undoubtedly ini menyeru kita semua supaya yakin dengan kebolehan diri dan berusaha untuk capai impian. Sama seperti saya yang menginginkan tubuh badan yang mantap dalam masa 3 bulan sahaja. Dan sama seperti Dj THR Raaga, Aanantha yang kini mempunyai pencapaian dalam kerjaya. Kehkehkeh!

 

Bercerita mengenai Persona baru, bagi saya ia menampilkan gaya yang elegan. Penuh ciri-ciri keselesaan dengan tawaran ruang yang lebih luas didalam kereta dan juga dalam bonet. Design terbaru dengan elemen kontemporari pasti memikat mata memandang.

 

Maklumat lanjut mengenai Proton Persona keluaran baru dan mengenai kempen ini, sila layari laman web PROTON PERSONA.

 

 

 

P/S : Saya yakin dengan kemampuan diri saya. Anda bila lagi?

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »