DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips Mengatasi Sakit Belakang

Salam semuaa..

Anda tahu tak sebenarnya anda merupakan salah sorang di antara 8-10 orang yang mengalami sakit belakang terutamanya kaum perempuan yang seringkali membawa beg besar dengan beban cukup berat, ditambah lagi memakai kasut tumit tinggi? Kali ni saya nak bagi Tips mengatasi sakit belakang supaya kekal sihat dan cergas.

Kurangkan kandungan beg
Hati-hati jika berat beg anda melebihi 10 peratus daripada berat badan. Ini petanda beg anda terlalu berat dan boleh menyebabkan sakit belakang. Bawalah barang yang anda yang penting dengan tas dengan betul. Jika talinya cukup panjang, bawalah beg menyamping dengan tali menyilang di dada. Pilih juga beg yang talinya agak lebar.

Tilam yang sesuai
Tidur di tempat tidur yang empuk memang selesa tapi tak terlalu baik untuk kesihatan tulang belakang. Jadi, pastikan tempat tidur yang anda tidur tidak terlalu empuk atau terlalu keras. Tilam yang baik adalah yang mampu menyokong tubuh secara stabil semasa tidur.

Ketatkan otot perut
Memiliki otot perut yang kuat boleh membantu melindungi punggung dari sebarang kecederaan. Lakukan saja latihan pelvis sebanyak 2 hingga 3 kali tiap minggu. Caranya, berbaring telentang dengan lutut ditekuk dan kaki menempel di tingkat. Secara perlahan-lahan tarik lutut mendekati perut, rasakan kontraksi pada perut dan pinggul harus diangkat sedikit dari lantai.

Pengambilan sayur-sayuran hijau
Anda pasti tahu bahawa kalsium adalah kunci untuk tulang yang kuat. Namun, para penyelidik Jepun mendapati ada satu pengambilan lagi yang sangatdiperlukan untuk menguatkan tulang, iaitu vitamin K. Vitamin ini banyak ditemui pada brokoli, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.Vitamin K juga berfungsi membantu simpanan kalsium dalam tulang sehingga membuatnya lebih padat.

P/s: Semoga memberi manfaat kepada anda.

Incoming search terms:

Makanan Berbuka Puasa

OFF

 

Salam semuaa..

Bulan puasa ini, saya nak listkan makanan berbuka puasa untuk membina badan. Jom tengok antara pilihan campuran terbaik;

- Kurma
- Minuman protein atau telur putih (sekiranya merancang untuk berlatih selepas berbuka, elakkan makanan lain dahulu dan habiskan latihan 30 minit)
- Ayam dada
- Nasi perang
- Kentang
- Salad
- Sayur-sayuran

 

 

 

Selepas Senaman

- Ayam dada
- Pisang
- Naan
- Minuman protein jika ada

 

 

Persoalannya, bila masa sesuai untuk bersenam ketika berpuasa? Sebaiknya, 30-40 minit sebelum berbuka anda digalakkan bersenam kerana selepas itu, anda dapat mengembalikan tenaga ketika berbuka.

Sekiranya ada yang nak jugak buat weight training ketika berpuasa, better jangan berdegil kerana seharian berpuasa, badan kita dahpun kehilangan tenaga yang berkualiti untuk membuat work out jadi badan kita akan memecahkan otot untuk sumber tenaga secara tak langsung, rugiiiii. Kehkehkeh!

 

Incoming search terms:

Tips Menyusun Latihan Split

 

Salam semuaa..

Selalunya bila ke gym, mesti ramai yang akan suggestkan beberapa latihan untuk dapatkan body yang mantap tapi kalau ramai yang bagi tips entah mana satu nak ikutkan?

‘’Tiada undang-undang mengatakan kena latih bahagian A dulu baru bahagian B, cuma ada garis panduan’’ saja. Pertama sekali latih otot besar dulu baru otot kecil. Tapi apa dia otot besar itu? Otot besar adalah dada, belakang dan kaki.

Dah tahu otot mana yang hendak dilatih, mulakan dengan bahagian yang lemah dahulu pada permulaan minggu jika anda melakukan latihan split.

Kalau lelaki, biasanya lemah pada bahagian kaki tapi kerap kali saya nampak dah dua tiga bulan baru nak start latihan kaki. Kehkehkeh!

Dah buat latihan itu, jangan pulak skip untuk rehat at least 28-48 jam. Bagaimana susunan yang dibuat? Sebagai contoh bench press di mana otot yang terlibat adalah otot dada, otot bahu dan trisep.

Sebenarnya, takde masalah pun nak gabungkan latihan dada dengan bahu@trisep cuma kebanyakan orang memilih untuk menggabungkan dengan bisep kerana kumpulan otot tadi dah bekerja keras jadi boleh mengoptimumkan latihan dengan latihan bisep.

Kenapa otot besar dilatih dahulu? Jika hari ini dada, esok mungkin bahagian belakang. Tetapi sebenarnya tiada undang-undang pun yang mengatakan kena latih bahagian A dulu baru bahagian B.

Bukan apa, kekadang bila ke gym, mood latihan lebih pada latih tangan. Jika dipaksa untuk latih kaki dah jadi lain dan membahayakan diri.

P/s: Apa pun, jangan pening nak susun latihan kerana dalam seminggu itu cuba latih semua bahagian anggota badan dan masukkan sekali sedikit latihan tambahan.

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234Depan »