DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Petua Kuruskan Badan

Picture ini sewaktu berat turun mendadak kerana demam

Selama 11 bulan berblogging, agak banyak entri yang lebih kurang sama berkaitan dengan Petua Kuruskan Badan dihasilkan. Soalan yang hampir sama juga diterima dan kali ini, sekadar berkongsi entri terdahulu dengan mereka yang nak kurus. hehe!

Ada 3 Tips kuruskan badan yang saya selitkan iaitu tips kuruskan badan part 1, tips kuruskan badan part 2 dan tips kuruskan badan part 3. 3 tips ini merupakan permulaan bagi anda yang baru berjinak – jinak untuk pecahkan lemak degil! heh!

Juga ada yang request untuk tips kuruskan badan dengan cepat dan akhirnya Menu Diet untuk kurus dan sihat terhasil. Menu ini mengandungi pilihan makanan yang sesuai untuk mengawal jumlah kalori yang diambil oleh anda. Cara untuk kuruskan badan sebenarnya tidak sama antara individu kerana banyak faktor yang mempengaruhi badan kita untuk gemuk.

Jadi, janganlah anda malas untuk bersenam dan amalan yang paling mudah untuk diamalkan ialah berlari tetapi pastikan anda berlari dengan betul untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini. hoho!

P/s: Jangan putus asa untuk mendapatkan sesuatu kerana tips untuk kurus akan sentiasa ada dan yang paling penting ialah anda perlu tahu bagaimana untuk berdiet dengan cara yang sihat. Semoga berjaya! wallawehhh. ahaha.

Incoming search terms:

Tips Diet Sihat Untuk Kuruskan Badan

Salam semua..

Macam mana dengan Diet Anda? Semakin sihat atau bertambah sihat mungkin juga semakin berisi. heh! Diet yang instant biasanya sangat berkesan selain tips2 yang panas daripada produk terkini sememangnya sangat membantu program untuk kuruskan badan anda. Tetapi..

Jangan anda lupa, sesuatu yang mudah pastinya akan ada kesan sampingan yang akan memburukkan tahap kesihatan  kerana terlalu banyak sumber nutrisi yang terpaksa anda skip untuk mendapatkan badan yang cantik dalam masa yang singkat. Jadi..

Saya berkongsi beberapa tips asas yang anda boleh amalkan selalu.

1. Jangan skip sarapan pagi

Sarapan pagi memberikan anda nutrisi lebih untuk metabolisma anda. Makanan yang paling sesuai pastinya Nestle @breakfast cereal ataupun milo fuze.

2. Guna pinggan yang lebih kecil

Sebelum skip makan nasi yang banyak, seharusnya anda perlu motivatedkan diri anda supaya dapat melatih diri untuk nekad berdiet. Nafsu makan anda mampu dikawal sekiranya anda menggunakan pinggan yang kecil dahulu dan teruskan dengan kurangkan nasi secara berperingkat.

3. Minum air suam dengan kerap

Air suam sangat bagus untuk membakar kalori anda sebenarnya. Selalunya, client saya kerap berlari berjam – jam atas treadmill tetapi berat masih degil nak menurun. Hampa dan kecewa, treadmill dipersalahkan. hehe! Sebenarnya, ramai yang terpengaruh untuk membeli air energy seperti gatorade ketika berlari dan tidak sedar kandungan gula di dalam air sebegini sebenarnya menambahkan kesusahan anda untuk menurunkan berat badan.

4. Makan dengan Perlahan

Mungkin sukar buat anda yang berdiet tetapi tiada yang mustahil untuk kelihatan cantik bukan? Cuba kurangkan sikap pelahap anda dan sebenarnya otak anda mengambil masa 15 minit sebelum memberitahu, perut anda sudahpun kenyang. Jadi, makanlah secara bersopan dan jangan menjadi gelojoh!

P/s: Cuba selitkan sekali dengan latihan senaman fizikal bagi mempercepatkan proses diet anda. Mungkin agak sukar bagi anda yang malas tapi sampai bila anda mahu kelihatan gemuk? Hari ini gemuk tak semestinya selamanya anda akan kekal gemuk!

Incoming search terms:

Cara Berlari Yang Betul Untuk Menguruskan Badan

Berlari merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dengan cepat dan betul. Mereka yang menghabiskan masa selama 60-90 minit melakukan senaman ini setiap hari akan berjaya mengurangkan berat badan dengan cepat. Anda mahu ”badan terasa lebih ‘fit’, ukuran pinggang semakin mengecil, dan yang paling menyeronokkan, berat badan berkurangan’‘?

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Muka Surat : « Undur123Depan »