Salam semuaa..
Membesarkan badan adalah sebahagian daripada membina badan tak kira lah anda profesional mahupun amatur akan melalui fasa yang sama iaitu membina badan idaman. Proses membina badan ini sebenarnya ada pantang dan larang tapi kali ini saya nak berkongsi tentang makanan yang perlu dielakkan ketika anda dalam fasa membina badan.

Ketika melalui fasa membesarkan badan, seseorang perlu fokus untuk mendapatkan otot secara maksimal dan lemak secara minimal. Hakim terbaik yang menilai badan kita adalah diri kita sendiri.
Ramai yang fikir kalau nak besarkan badan, haaa pergi terjah KFC, Kenny Roger mahupun Pizza Hut untuk dapatkan kalori lebih. No! No! No! Anda silap besar tuu.
Makanan segera ini mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Jangan gunakan menu instant ini kalau ingin dapatkan badan yang anda inginkan. Bukan apa lain yang dikejar lain yang dapat. Kehkehkeh!

