DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

5 Aktiviti untuk Kekal Langsing dan Kurus

Salam semuaa..

Nak kurus dan langsing sebenarnya tak susah pun cuma perlukan usaha dan semangat yang kuat. Semua orang nak kurus, saya pun nak kurus tapi macam mana nak jadi kurus? Ada banyak cara nak kurus tapi salah satunya dengan mengawal jumlah pengambilan dan pembakaran kalori yang betul.

darkbatman

Apa jenis diet yang anda buat sekalipun, pastikan jumlah kalori yang anda ambil tidak lebih dari aktiviti yang anda kerjakan.  Aktiviti apa yang boleh bakar kalori?

Shopping

Sebut shopping mesti perempuan tersenyum melebar! Seharian berjalan di shopping mall takkan rasa penat andai anda perempuan. Walau setinggi bangunan mana dibina tapi setiap lot dipenuhi dengan barangan wanita, percaya lah perempuan takkan sesekali mengeluh apalagi merajuk. kehkehkeh!

Dengan shopping, anda mampu membakar sehingga  243 kalori.

Membersih Rumah

Membersih rumah ini antara aktiviti wajib bagi anda yang memiliki rumah. Selain rumah bersih, anda dapat bakar kalori sebanyak 80 dengan setengah jam mengemas rumah. Tiada lagi alasan untuk malas. Kehkehkeh!

Memasak

Memasak pun boleh membakar kalori? Aktiviti memasak selama 30 minit mampu bakar sebanyak 70 kalori. Lagi banyak menu memasak, lagi banyak kalori dibakar.

darkbatman

Jogging

Selain bakar kalori, dengan joging anda boleh melatih kekuatan otot kaki, perut dan punggung. Berapa banyak kalori akan dibakar? 374 kalori.

Naik Turun Tangga

Cara cepat nak langsingkan badan sekiranya anda ada tangga kat dalam rumah. Bayangkan, 30 minit anda naik turun tangga mampu membakar kalori sebanyak 200 tanpa perlu keluar rumah? Kalau takde tangga kat rumah, boleh cuba naik tangga kat shopping mall. Cadangan: Jangan naik lif dan parking kat tingkat paling bawah sekali. Kehkehkeh!

P/s: Senaman yang paling simple tapi kalau anda malas, takde gunanya. Paling penting nak cantik dan kurus ini haruslah penuh dengan keyakinan dan semangat.

Incoming search terms:

Kelebihan Latihan Beban

 

Ramai yang pernah dengar tentang latihan beban tapi tak ramai yang tahu kelebihan bila kita rajin membuat latihan beban kat rumah. Jom saya sharekan beberapa advantage latihan beban ini. Kehkehkeh!

 

Hilangkan Lemak di Perut

Latihan yang dilakukan selama 2 kali seminggu mampu mengecilkan pinggang lebar anda dan menyingkirkan lebihan lemak di abdominal iaitu lemak yang berkait rapat dengan penyakit jantung.

 

Membaiki Tidur Anda

Mereka yang kerap membuat latihan beban dipercayai lebih mudah melelapkan mata, kurang terjaga sepanjang tidur malah latihan ini lebih bagus berbanding mengambil ubat tidur.

 

Melegakan Masalah Sakit Pinggang

Apabila anda mengangkat beban, secara langsung ianya akan mensasarkan pada bahagian otot belakang anda dan sekaligus mengurangkan sakit belakang dan pinggang.

 

Membina Kelenturan Tubuh

Walaupun anda baru saja berusia 20-an, ianya bukanlah terlalu awal untuk menambahkan rasa prihatin pada tulang anda. Wanita mula mengalami waktu penyusutan tulang pada usia 30 tahun. Saya ulangi ye adik – adik ”30 tahun”. Kehkehkeh! Tapi waktu penyusutan ini boleh dikurangkan sekiranya anda kerap melakukan latihan beban.

 

 

P/s: Jadi apalagi nak tunggu? Bermula hari ini, hilangkan malas lebihkan exercise. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Cara Membina Otot Bahagian Belakang

Kebanyakan lelaki sangat teruja untuk mendapatkan otot bahagian belakang yang mantap dan pejal tanpa lemak. Nak buat nampak senang tapi memerlukan kesungguhan dan kerajinan.

Latihan membina otot bahagian belakang badan hanya menggunakan peralatan ringkas dan asas serta boleh dilakukan dirumah anda tanpa membazir duit dan masa di gym!Kesan latihan otot ini sangat ketara sekiranya anda melakukan secara berulangkali dan konsisten.

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »