DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Cara Kempiskan Perut Buncit

Salam semua…

Bila dah raya aidiladha ini, mesti ramai yang pulun makan habis – habiskan sampai tersandar kat dinding. Apa pun, saya nak berkongsi sedikit cara kempiskan perut buncit supaya lebih flat sedikit. Sebenarnya, lemak bahagian perut paling sukar untuk dikikis dengan jayanya tetapi dengan usaha, semua itu tidak mustahil.

Niat dan usaha merupakan kombinasi yang penting supaya perut kelihatan flat. Perut yang gendut disebabkan oleh lemak yang menutupinya jadi di sini, langkah pertama semestinya kena menjaga pola makanan. Diet ini bukanlah paling bagus untuk kecilkan perut tetapi membantu perut supaya tidak lagi buncit.hehe! Cara mantap untuk kempiskan perut adalah dengan membakar lemak secara teratur.

Selain itu, cara yang paling sesuai untuk kempiskan perut adalah dengan olahraga, aerobik, berlari atas treadmill dan juga beberapa latihan kardio untuk mempercepatkan proses kempiskan perut. Tetapi bagaimana dengan sit up? Sit up sememangnya penting tapi sebenarnya fungsi utama sit up adalah untuk mengencangkan otot di bahagian perut.

Setiap kali melakukan exercise, latihan perlulah konsisten iaitu contohnya 3 set bagi setiap latihan dengan 20 ulangan bagi 1 set. Kalau larat, jangan hanya tumpu pada satu latihan saja dan perlu saya ingatkan, jangan mudah mengalah apabila badan mula terasa sengal-sengal. Semakin terasa perit, semakin kencang otot anda bekerja.

P/s: Jangan lupa untuk memantau keperluan kalori harian anda bagi result yang maximum plus sewaktu latihan banyakkan minum air mineral daripada sport drinks! Dah follow step ini, then silalah proceed untuk senaman perut six pack.

Incoming search terms:

Cara Mudah Membentuk Badan

Salam kepada pembaca darkbatman. Hari ini saya kembali lagi untuk segmen tips kesihatan bersama darkbatman. hehe! Sebagai lelaki yang mementingkan penampilan, mempunyai bentuk badan yang seksi dan menukarkan daripada six spec kepada six pack semestinya menjadi impian semua jejaka kacak. heh! Kalau anda sudah kacak, anda boleh skip entri saya kali ini. ahaha.

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Cara Membuat Perut Six Pack

Memiliki perut Six Pack adalah idaman ramai lelaki kerana badan akan kelihatan lebih seksi dan bebas dari lemak degil. ahaha! Bagaimana cara untuk memiliki perut six pack? Berikut cara membuat perut six pack dari mula sampai advance. Jom masuk!

Teruskan Membaca

Incoming search terms: