DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Beza Latihan Interval dan Latihan Kardio

OFF

Latihan Kardio

Berjalan atau berjogging dengan kelajuan sederhana dalam tempoh 20-60 minit. Bagus dalam meningkatkan/mengekalkan stamina, atau dalam bahasa mudahnya, bagus untuk kesihatan jantung.

Latihan Interval

Melibatkan perubahan halaju (daripada perlahan kepada laju) secara berulang kali. Ia mampu meningkat metabolisma badan untuk satu jangka masa yang lama dan amat sesuai digunakan dalam proses menurunkan berat badan. Contoh terbaik latihan Interval adalah larian 100km/jam ehh maksud saya lumba lari.

Incoming search terms:

Tips Tingkatkan Stamina?

Cepat berasa lenguh dan penat setiap kali berjoging sebenarnya tidak semestinya berpunca dari faktor usia atau cara pemakanan tetapi kebanyakannya disebabkan oleh tahap ketahanan kardiovaskular @tahap stamina yang lemah. Jom baca entri selanjutnya.

Terdapat beberapa cara untuk tingkatkan stamina ketika anda berjoging iaitu dengan cara latihan interval training. Apa itu interval training? haa, meh baca dengan penuh semangat. hehe! Interval Training kedengaran macam latihan sukar tapi sebenarnya teknik yang sangat mudah.

Mulakan dengan berlari selama 5 minit dan berjalan laju selama 5 minit. Pada set kedua, berlari selama 5 minit dan berjalan laju selama 4 minit dan seterusnya. Teruskan sehingga anda berlari laju 5 minit dan berjalan laju seminit. Kalau anda rajin, lakukan 4-5 kali seminggu dan pasti anda akan rasa perubahan nanti.

P/s: Takde cara mudah untuk dapatkan stamina lebih tanpa usaha lebih. Semuanya lebih! hehe.

Incoming search terms:

Cara Berlari Yang Betul Untuk Menguruskan Badan

Berlari merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dengan cepat dan betul. Mereka yang menghabiskan masa selama 60-90 minit melakukan senaman ini setiap hari akan berjaya mengurangkan berat badan dengan cepat. Anda mahu ”badan terasa lebih ‘fit’, ukuran pinggang semakin mengecil, dan yang paling menyeronokkan, berat badan berkurangan’‘?

Teruskan Membaca

Incoming search terms: