Ramai yang pernah dengar tentang latihan beban tapi tak ramai yang tahu kelebihan bila kita rajin membuat latihan beban kat rumah. Jom saya sharekan beberapa advantage latihan beban ini. Kehkehkeh!
Hilangkan Lemak di Perut
Latihan yang dilakukan selama 2 kali seminggu mampu mengecilkan pinggang lebar anda dan menyingkirkan lebihan lemak di abdominal iaitu lemak yang berkait rapat dengan penyakit jantung.
Membaiki Tidur Anda
Mereka yang kerap membuat latihan beban dipercayai lebih mudah melelapkan mata, kurang terjaga sepanjang tidur malah latihan ini lebih bagus berbanding mengambil ubat tidur.
Melegakan Masalah Sakit Pinggang
Apabila anda mengangkat beban, secara langsung ianya akan mensasarkan pada bahagian otot belakang anda dan sekaligus mengurangkan sakit belakang dan pinggang.
Membina Kelenturan Tubuh
Walaupun anda baru saja berusia 20-an, ianya bukanlah terlalu awal untuk menambahkan rasa prihatin pada tulang anda. Wanita mula mengalami waktu penyusutan tulang pada usia 30 tahun. Saya ulangi ye adik – adik ”30 tahun”. Kehkehkeh! Tapi waktu penyusutan ini boleh dikurangkan sekiranya anda kerap melakukan latihan beban.
P/s: Jadi apalagi nak tunggu? Bermula hari ini, hilangkan malas lebihkan exercise. Kehkehkeh!




