DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kenapa Lemak Terkumpul di Perut dan Pinggang?

 

Salam semuaa..

Selalu ramai yang mengeluh apabila perut makin membuncit ke depan sedangkan dah macam teknik nak kempiskan perut dilakukan. Perut masih jugak membesar seperti biasa. Kehkehkeh!

Sebenarnya apabila lemak banyak terkumpul di bahagian perut dan pinggang, ini menunjukkan anda sensitif dengan makanan bergula dan karbohidrat. Dalam sehari, pastikan anda mengambil satu atau dua hidangan telur, ayam, ikan atau daging. Produk tenusu mengandungi kalsium yang menggalakkan pembakaran lemak di perut jadi minumlah susu skim dan yogurt setiap hari.

Cara pantas nak hapuskan lemak kat perut dengan mengambil betik dan nenas. Buah – buahan ini mengandungi enzim yang mempercepatkan penghadaman makanan dan mengelakkan perut dari buncit. Nampak mudah tapi biasanya mesti malas nak amalkan. Bersamalah kita mencegah buncit di perut. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Petua Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat

OFF

 

Wahhhh, ramai sangat yang nak tahu petua kempiskan perut buncit dengan cepat. Orang Malaysia ini memang tak lari dari masalah perut yang memboyot dengan cepat.

Sebenarnya sebelum ini saya dah bagi tips kempiskan perut buncit tapi mungkin ramai yang tak tahu. Jadi, sekali lagi saya sharekan untuk anda semua.

Sila terjah Petua Kempiskan Perut Buncit dan stadi sampai khatam ye! Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Cara Kempiskan Perut Buncit

Salam semua…

Bila dah raya aidiladha ini, mesti ramai yang pulun makan habis – habiskan sampai tersandar kat dinding. Apa pun, saya nak berkongsi sedikit cara kempiskan perut buncit supaya lebih flat sedikit. Sebenarnya, lemak bahagian perut paling sukar untuk dikikis dengan jayanya tetapi dengan usaha, semua itu tidak mustahil.

Niat dan usaha merupakan kombinasi yang penting supaya perut kelihatan flat. Perut yang gendut disebabkan oleh lemak yang menutupinya jadi di sini, langkah pertama semestinya kena menjaga pola makanan. Diet ini bukanlah paling bagus untuk kecilkan perut tetapi membantu perut supaya tidak lagi buncit.hehe! Cara mantap untuk kempiskan perut adalah dengan membakar lemak secara teratur.

Selain itu, cara yang paling sesuai untuk kempiskan perut adalah dengan olahraga, aerobik, berlari atas treadmill dan juga beberapa latihan kardio untuk mempercepatkan proses kempiskan perut. Tetapi bagaimana dengan sit up? Sit up sememangnya penting tapi sebenarnya fungsi utama sit up adalah untuk mengencangkan otot di bahagian perut.

Setiap kali melakukan exercise, latihan perlulah konsisten iaitu contohnya 3 set bagi setiap latihan dengan 20 ulangan bagi 1 set. Kalau larat, jangan hanya tumpu pada satu latihan saja dan perlu saya ingatkan, jangan mudah mengalah apabila badan mula terasa sengal-sengal. Semakin terasa perit, semakin kencang otot anda bekerja.

P/s: Jangan lupa untuk memantau keperluan kalori harian anda bagi result yang maximum plus sewaktu latihan banyakkan minum air mineral daripada sport drinks! Dah follow step ini, then silalah proceed untuk senaman perut six pack.

Incoming search terms: