DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Cara untuk kuruskan badan dengan berkesan

Agak lama saya menyepi dengan entri senaman dan tips untuk kurus jadi hari ini, jom kita belajar sebentar tentang teknik untuk kurus dengan cepat. Kebanyakan tips yang diberi mendapat respon yang agak memberangsangkan daripada kawan – kawan.

Kali ini, saya menyelitkan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk berdiet dan kurangkan berat dengan berkesan.

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Tips kuruskan badan part 3

Hari ne aie nk kongsi lg tips yang boleh dipraktikkan. rase nye ramai yang berminat nk tahu sal cara-cara kuruskan badan.tol x? So, jom bersama aie untuk menguruskan badan. :) sekarang ne aie nak kasi tips yang untuk korang sume.


1. Kurangkan pengambilan marjerin.
Kebanyakan kaum2 perempuan khususnya amat suka masak menggunakan marjerin. Kalau boleh, cuba kurangkan dalam sajian makanan.

2. Kecikkan saiz pinggan nasi
Sure korang gelakkan. Seperti yang saya faham sebelum ne, ramai kawan2 yang amat sukar nak berdiet tanpa nasi. Salah satu cara ialah dengan berusaha secara perlahan2. Tukarkan pinggan besar kepada mangkuk yang kecik.hehe. Amalkan cara ne selama sebulan dan saya yakin pastinya badan korang akan biasa dengan perubahan yang dilakukan.

3. Banyakkan makanan bijiran
Salah satu makanan yang femes dikalangan orang yang berdiet ialah dengan mengambil bijiran dalam menu makanan. Cuba gabungkan menu nasi dan bijiran supaya kita dapat kurangkan pengambilan nasi.

4. Kurangkan kalori bila memasak
Sajian makanan yang bagus adalah dengan memanggang,merebus dan juga mengukus. Kurangkan makanan yang berminyak. Kebanyakan perempuan bersalin dapat body yang solid sebabnya dorang berpantang di mana masakan bergoreng adalah pantang yang perlu dipatuhi.

5. 25 langkah berjalan = 1 kalori
Tentunya ramai yang tak tahu. Selepas makan, amalkan dengan bersenam tak pun cara yang paling mudah,korang tawaf jelaa kawasan rumah tu. kalau duduk apartmen lagi senang.hehe Gunakan anak tangga sebagai alternatif untuk mencantikkan peha dan pinggul. Ape salahnya keluarkan peluh untuk cantikkan?caya laah!!

6. Kerapkan melakukan senaman
i) Salah satu cara yang senang ialah dengan berjalan cepat.
ii) Rajin-rajinkan diri korang dengan berenang sebab nya kita takkan berasa penat apabila berada di dalam air.
iii) Kayuh basikal (20km) dalam sehari. Sure mantap.!!


7. Setkan waktu makan
Amalkan pengambilan makanan sebelum pukul 8 malam sebab nya apabila malam, aktiviti akan berkurang dan makanan banyak akan tersimpan menjadi lemak. kalau boleh biarlah waktu makan tu bersistem dan berdisiplin.

8. Tido awal
Kalau kita tido awal bermakna kita dah berjaya elakkan makan terlalu lewat.Cuba belajar tido dengan awal.Katakan pada diri kita bahawa esok hari yang indah dan aku tak sabar nak hadapinya. (our mind is our playground)

9. Perbanyakkan sayur dalam hidangan makanan
Sayur merupakan penting dalam menu berdiet sebabnya dapat membantu penghadaman makanan. Cuba setkan minda, sayur ne bagus untuk kesihatan. :)

10. Motivasi diri
Sebenarnya aie letak kat bawah sekali sebabnya kalau korang baca sampai habis bermakna korang memang dah ada niat cuma perlukan tekad yang kuat. Tahniah!! Dalam melakukan apa jua perkara, kuatkan semangat dengan bermula daripada hati. Trademark aie ‘our mind is our playground’. Kita yang kawal diri kita dan sekuat mana kita mahu berjaya, pastikan bermula dengan jiwa yang cekal. pastinya 1 masa bila kita jatuh, kita takkan merasa keperitan kerana itu lah kemanisan apabila memperolehi kejayaan hasil daripada kegagalan. Sekian

Incoming search terms: