DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kriteria Kekemasan Penampilan Lelaki

Salam semuaa..

Penampilan dan kekemasan diri antara aspek utama yang perlu lelaki titik beratkan. Bukan hanya perempuan yang perlu mementingkan penjagaan diri.

Sabun buku bukan untuk wajah

LELAKI mempunyai kulit yang berminyak kira-kira 15 peratus melebihi wanita. Pori besar membenarkan segala kekotoran meresap ke dalam kulit. Usah malas mencuci muka menggunakan pembersih wajah yang betul. Elakkan penggunaan sabun buku untuk badan pada wajah. Begitu juga dengan syampu dan krim pencukur, pastikan anda mempunyai sabun khusus untuk setiap perkara.

Pemakaian

PILIH baju yang diperbuat daripada fabrik kapas yang ringan bagi mengurangkan peluh. Rapikan bulu ketiak secara berkala kerana ia boleh mengundang bau badan yang tidak menyenangkan. Baju yang berkedut-kedut melambangkan keperibadian lelaki yang tidak ‘taat’ pada kebersihan dan kekemasan.

Potong kuku

KUKU sering dipandang remeh oleh lelaki. Mereka hanya memotong kuku tangan apabila betul – betul panjang manakala kuku kaki mungkin dirapikan sebulan sekali. Beri penekanan pada kebersihan kuku kerana ia terdedah pada bakteria hampir setiap saat. Kuku kaki khususnya hampir separuh hari diliputi stoking dan kasut boleh menyumbang pada masalah kaki berbau.

Bercukur

HAMPIR semua lelaki perlu bercukur. Perapian misai dan janggut perlu agar penampilan sentiasa tampak kemas. Jangan sekali-kali bercukur tanpa krim yang betul kerana boleh mencederakan kulit. Mesin pencukur yang tepat juga memainkan peranan bagi membentuk gaya yang diingini. Selepas bercukur, aplikasikan after shave yang bertujuan mengurangkan kerengsaan.

IMG_4659

Senaman dan pemakanan

SUKAN atau senaman sudah sebati dengan karakter lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana majoriti mereka memang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagaimanapun, bagi jejaka yang kurang memberi perhatian pada kepentingan senaman, sudah tiba masa untuk anda mengubah cara hidup. Riadah ringan tiga kali seminggu cukup untuk membekalkan kecergasan dan mengekalkan bentuk badan yang ideal.

P/s: Begitu juga dengan pemakanan, kadar metabolisme lelaki diketahui memang tinggi berbanding wanita. Ketahui kalori yang diperlukan badan anda dan makan mengikut jadual pemakanan yang betul dan seimbang.

Incoming search terms:

Bagaimana Chris Evans Membentuk Tubuh “Captain America”?

 

Salam semua.

Bagi penggemar komik Marvel, pasti kenal dengan Chris Evan yang membawa watak Captain America. Dalam filem ini, badan Chris Evan yang kurus kering ditukar menjadi badan yang sempurna. Namun dalam kehidupan nyata, dia telah bekerja keras dengan dedikasi tinggi untuk membentuk tubuhnya.

Before After Chris Evans Captain America

Di bawah bimbingan trainer Waterson, Evans berjaya menambah berat badannya dari 77 kg ke 82 kg dan berjaya mengurangkan lemak tubuhnya dari 12,5% menjadi hanya 8%. Untuk membantu Evans menambah otot dengan cepat, Waterson memberikan pola latihan yang juga banyak melibatkan latihan bodyweight. Latihan Evans memiliki prinsip high-weight/low-rep dari gerakan compound klasik, khususnya squat, deadlift, incline bench press, weighted dips, dan chin-up. Selain itu, Waterson juga menekankan agar Evans selalu berlatih dengan gerakan yang baik dan juga cukup istirehat untuk mengelakkan kecederaan dan mempercepatkan pemulihan selepas latihan.

Selain latihan, masalah terbesar bagi Evans adalah diet atau pola makan. Evans harus makan dalam jumlah cukup untuk menambah  otot secara optimal, tetapi menghindari penyimpanan kalori berlebih sebagai lemak. Untuk itu, Evans mengambil protein shake rendah karbohidrat di antara waktu makan utama ditambah dengan snack seperti buah-buahan dan kacang.Waterson juga memberikan Evans tambahan suplemen BCAA untuk mengurangkan kerosakan jaringan otot dan mendorong pertumbuhan otot yang lebih maksimum.

Incoming search terms:

Cara Berfesyen Bagi Lelaki

 

Salam semuaa..

Sebelum ini, saya ada bagi Tips untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa fesyen tapi hari ini saya nak selitkan pula Cara Berfesyen Bagi Lelaki. Mana tahu mungkin membantu anda di luar sana? Kebiasaannya penampilan seseorang lelaki itu penting kerana mencerminkan peribadi mereka jadi janganlah mengambil mudah dengan cara pemakaian anda.

Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki ‘alert’ dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan terutama mereka yang berisi. Mungkin kerana tiada konfiden tapi lelaki berisi boleh kacak apa? Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.
Simple tapi smart - Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.

Santai bukan membosankan - Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.

Berhati-hati memilih t-shirt - Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.

Jangan terikut pada trend - Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Kerana tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.

Jangan beli kerana brand - Sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi buruk macam kain lap kat dapur.

Teruskan membentuk image tersendiri - Cuba bentuk style anda yang tersendiri. Jangan malu untuk meminta pendapat - Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.

P/s: Berfesyen ini sebenarnya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikkan anda.

 

Incoming search terms:

Muka Surat : 123456Depan »