Salam semua…

Sebelum ini, saya dah bagi tips untuk membentuk otot tricep,upper back dan hari ini senaman yang ditunggu oleh lelaki iaitu exercise bahagian atas badan merangkumi lengan, dada dan bahu.
Mula – mula berdiri tegak dengan kaki dibuka selebar bahu. Pegang dumbell dengan kedua belah tangan dengan keadaan tangan diluruskan ke bawah.

Secara perlahan – lahan, angkat dumbell ke paras dada dengan lengan dibengkokkan ke paras bahu. Ulangi gerakan ini dalam 15 kali bagi 3 set.
P/s: Bagus untuk perempuan yang ingin membaiki bahu supaya kelihatan lebih tegak dan bagi lelaki pula, paling bagus untuk chest. Jangan malas – malas yer!
Incoming search terms:
Salam semua…

Entri fitness kali ini sangat lah mudah dan simple untuk anda semua jadi rasanya takkan ada masalah lah kot bagi anda yang nak lengan bahagian belakang menjadi berotot lagi pejal.
Cara membentuk lengan di bahagian belakang ini pendek saja cuma yang penting samada anda nak buat atau taknak jer. Mula – mula, bongkokkan badan anda sedikit ke hadapan manakala lengan dibengkokkan ke paras dada ataupun senang cerita disebelah pinggang anda.

Secara perlahan – lahan, lurus atau regangkan lengan ke arah belakang dan ulangi langkah ini sebanyak 3 set. Dumbell yang nak digunakan kalau lelaki kalau tak mampu nak terus guna 10kg, anda boleh bermula dengan 5kg dulu.
Untuk perempuan pulak, kalau badan ala – ala Lisa Surihani tuuuu, guna lah dalam 2kg dulu dan kalau terasa berat cuba tukar guna yang 1.5kg ikut kemampuan anda.

Selain berdiri, anda boleh lakukan senaman otot lengan dengan duduk di atas bangku.

3 set itu pastikan 1 set bersamaan dengan 30kali yer! Jangan malas apalagi mengelat.
P/s: Alasan sebenarnya godaan syaitan untuk anda menjadi lemah. ahaha! Tiada yang mustahil sekiranya anda bersungguh – sungguh.
Incoming search terms:

Akhir – akhir ini, saya kerap menerima email daripada rakan – rakan tentang tips exercise dan diet. Hari ini, saya cuma menambah sedikit info tentang pumping untuk membentuk otot lengan dengan lebih berkesan. Bagaimana caranya? Jom bersama saya sebentar yer!
Teruskan Membaca
Incoming search terms: