DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Bersama Kibarkan Jalur Gemilang

OFF

 

Salam semuaa..

Raya pun sudah tapi kali ini jom bersama saya kibarkan Jalur Gemilang sempena hari merdeka 2011 nanti. Macam mana nak kibarkan? Haaa banyak cara sebenarnya dan salah satunya pasanglah bendera di motor ataupun kereta anda. Kehkehkeh!

Orang selalu sebut kibarkan Jalur Gemilang tapi apa maksud jalur gemilang sebenarnya? Jalur Gemilang melambangkan kesetiaan, kesatuan dan patriotisme. Jadi, penting untuk kita menanam semangat dan nilai-nilai nasionalisme serta patriotisme ini dalam kalangan generasi muda. Salah satu cara untuk menjadikan generasi muda kita patriotik dan bersemangat nasionalisme adalah mendidik mereka menghormati dan mencintai bendera.

Bagi generasi muda, hari kebangsaan membawa ingatan kegigihan dan perjuangan menentang penjajah dalam usaha mencapai kemerdekaan. Ia melambangkan pengorbanan serta kebanggaan dengan apa yang telah dicapai selama ini.

Salah satu cara untuk menjadikan generasi muda kita patriotik dan bersemangat nasionalisme adalah mendidik mereka menghormati dan mencintai bendera. Sempena hari merdeka, bersama – sama la kita meraikan hari kebangsaan bersama negara kita.

Incoming search terms: