DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Makanan untuk tingkatkan metabolisma dalam badan

OFF

Salam.

Mungkin ada di kalangan anda yang pelik melihat wanita memiliki pinggang dan tubuh badan yang ramping walaupun mereka baru sahaja makan dua pinggan nasi yang kemudiannya makan ais krim pula. Anda yang takut untuk menjamah nasi pun memiliki badan yang masih lagi besar. Itu antara fenomena biasa kat Malaysia.
Terdapat beberapa makanan yang boleh meningkatkan metabolisma dalam diri sekaligus mempercepatkan pembakaran kalori dan mampu megelakkan anda dari gemuk dengan mengambil makanan berlebihan.
Teh Hijau
Teh yang boleh diaplikasikan di dalam pelbagai cara untuk menjadikan ianya lebih menarik dan sedap untuk diminum. Khasiat teh hijau membantu menaikkan tahap metabolisma dalam diri dan mampu membakar kalori lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Sekaligus, badan kita akan mencerna makanan yang tidak diperlukan. Selain daripada membantu membakar lemak dengan cepat, teh hijau juga mampu untuk melancarkan urat saraf.
Limau Gedang
Dipenuhi dengan anti-oksigen dan juga vitamin, limau gedang membantu menaikkan metabolisma dalam diri dan juga mengeluarkan lemak dari sistem lemak di dalam badan. Limau gedang juga membantu anda mengurangkan insulin di dalam badan di mana akan mengurangkan selera lapar anda. Jika anda mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan anda mengambil ubat secara harian, sebaik-baiknya jumpa doktor dahulu sebelum memakan limau gedang kerana kandungan di dalam buah-buahan ini mempunyai bahan yang akan bertindak dengan dadah yang ada di dalam ubat-ubatan.
Gandum 
Bukan hanya gandum tapi keseluruhan gandum! Gandum memang kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan seperti beras perang, oatmeal, roti padat gandum dan pasta membantu sistem badan berjalan dengan lebih baik dan selesa. Yang paling penting, boleh meningkat metabolisma dalam diri dan anda juga mampu kurus . Selain daripada itu juga, gandum membantu perut anda untuk merasa lebih kenyang lebih lama dari kebiasaan.
Bawang putih
Mungkin ada yang tidak gemar dengan memakan bawang putih dek kerana baunya yang kurang menyenangkan. Namun tidak ramai tahu mengenai khasiat tersembunyi yang ada di dalam bawang putih ini dimana khasiat yang membantu anda untuk mengurangkan lemak di dalam badan. Selain daripada meningkat tahap metabolisma di dalam diri, bawang putih juga berperanan sebagai sumber antibiotik iaitu membantu menaikkan tahap ketahanan di dalam diri anda.

Incoming search terms:

Kelebihan Latihan Beban

 

Ramai yang pernah dengar tentang latihan beban tapi tak ramai yang tahu kelebihan bila kita rajin membuat latihan beban kat rumah. Jom saya sharekan beberapa advantage latihan beban ini. Kehkehkeh!

 

Hilangkan Lemak di Perut

Latihan yang dilakukan selama 2 kali seminggu mampu mengecilkan pinggang lebar anda dan menyingkirkan lebihan lemak di abdominal iaitu lemak yang berkait rapat dengan penyakit jantung.

 

Membaiki Tidur Anda

Mereka yang kerap membuat latihan beban dipercayai lebih mudah melelapkan mata, kurang terjaga sepanjang tidur malah latihan ini lebih bagus berbanding mengambil ubat tidur.

 

Melegakan Masalah Sakit Pinggang

Apabila anda mengangkat beban, secara langsung ianya akan mensasarkan pada bahagian otot belakang anda dan sekaligus mengurangkan sakit belakang dan pinggang.

 

Membina Kelenturan Tubuh

Walaupun anda baru saja berusia 20-an, ianya bukanlah terlalu awal untuk menambahkan rasa prihatin pada tulang anda. Wanita mula mengalami waktu penyusutan tulang pada usia 30 tahun. Saya ulangi ye adik – adik ”30 tahun”. Kehkehkeh! Tapi waktu penyusutan ini boleh dikurangkan sekiranya anda kerap melakukan latihan beban.

 

 

P/s: Jadi apalagi nak tunggu? Bermula hari ini, hilangkan malas lebihkan exercise. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Pentingnya Air dalam Berdiet

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips ringkas tentang air lagi. heh! Ramai yang mengambil remeh tentang pengambilan air bukan? Air merupakan antara komponen utama bagi mereka yang berdiet di mana pakar gizi pemakanan mengatakan bahawa air memegang peranan utama dalam sebahagian besar program pengurangan berat badan.

Teruskan Membaca

Incoming search terms: