DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Petua Kuruskan Badan

Picture ini sewaktu berat turun mendadak kerana demam

Selama 11 bulan berblogging, agak banyak entri yang lebih kurang sama berkaitan dengan Petua Kuruskan Badan dihasilkan. Soalan yang hampir sama juga diterima dan kali ini, sekadar berkongsi entri terdahulu dengan mereka yang nak kurus. hehe!

Ada 3 Tips kuruskan badan yang saya selitkan iaitu tips kuruskan badan part 1, tips kuruskan badan part 2 dan tips kuruskan badan part 3. 3 tips ini merupakan permulaan bagi anda yang baru berjinak – jinak untuk pecahkan lemak degil! heh!

Juga ada yang request untuk tips kuruskan badan dengan cepat dan akhirnya Menu Diet untuk kurus dan sihat terhasil. Menu ini mengandungi pilihan makanan yang sesuai untuk mengawal jumlah kalori yang diambil oleh anda. Cara untuk kuruskan badan sebenarnya tidak sama antara individu kerana banyak faktor yang mempengaruhi badan kita untuk gemuk.

Jadi, janganlah anda malas untuk bersenam dan amalan yang paling mudah untuk diamalkan ialah berlari tetapi pastikan anda berlari dengan betul untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini. hoho!

P/s: Jangan putus asa untuk mendapatkan sesuatu kerana tips untuk kurus akan sentiasa ada dan yang paling penting ialah anda perlu tahu bagaimana untuk berdiet dengan cara yang sihat. Semoga berjaya! wallawehhh. ahaha.

Incoming search terms:

Cara Berlari Yang Betul Untuk Menguruskan Badan

Berlari merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dengan cepat dan betul. Mereka yang menghabiskan masa selama 60-90 minit melakukan senaman ini setiap hari akan berjaya mengurangkan berat badan dengan cepat. Anda mahu ”badan terasa lebih ‘fit’, ukuran pinggang semakin mengecil, dan yang paling menyeronokkan, berat badan berkurangan’‘?

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Tips Berkesan Untuk Menambahkan Berat Badan

Sebelum ini, agak ramai yang meminta cara menambahkan berat badan memandangkan saya kerap memberi tips menguruskan berat badan dengan cepat. heh! Kebanyakan orang melayu sangat bergantung kepada prescription ataupun ubat untuk mengemukkan badan. Tapi sebenarnya cara manual adalah lebih berkesan dan tidak memudaratkan anda.

Teruskan Membaca

Incoming search terms: