DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Makanan yang Meningkatkan Kadar Progesteron

Salam semua.

Selalunya progesteron dikaitkan dengan hormon perempuan dan kebanyakan wanita berjaya mengatasi masalah kehamilan, kesuburan dan ketidakseimbangan hormon menggunakan makanan yang meningkatkan kadar progesteron. Kesuburan ini penting kepada wanita muda terutamanya dan masalah ini selalu dikaitkan dengan cara pemakanan yang salah.

 

Tanaman Progesteron

Ubi liar (wild yam) terkenal kerana mengandungi hormon progesteron dan dipercayai mampu mengeluarkan progesteron oleh badan.

Vitamin D

Vitamin D bukan hanya penting bagi tulang tapi juga kepada imun sistem dan otak malah kesuburan. Contoh makan Vitamin D ini tak susah iaitu kuning telur, keju dan minyak sapi.

Zat Besi

Kadar Zat Besi dalam badan mempengaruhi kesuburan seseorang. Pelbagai masalah ovulasi pada wanita antaranya disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Makanan Progesteron

Kuning telur dan produk tenusu mengandungi jumlah progesteron memadai. Namun, belum diketahui cara kerja makanan ini untuk meningkatkan kadar progesteron wanita.

Makanan dengan Vitamin B-6

Cereal mengandungi sejumlah besar vitamin B-6 yang penting untuk menjaga keseimbangan kadar progesteron dalam badan.

Herba

Kunyit dapat meningkatkan kadar progesteron badan seperti juga thyme dan oregano. Menggunakan salah satu herba ini dapat membantu menjaga keseimbangan hormon progesteron.

 

 

 

P/s: Sesetengah wanita selalu memandang remeh tentang pemakanan untuk kesuburan kerana belum berkahwin tapi percayalah, bila sukar untuk mengandung pastinya info ini sangatlah berguna nanti. Kehkehkeh!

 

Incoming search terms: