DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Seluar Jeans dan Cara Pemakaiannya

Salam semuaa..

Mungkin anda juga seperti kebanyakan lelaki lain iaitu mempunyai beberapa helai jeans dalam almari. Semestinya jeans itu menjadi pakaian harian mahupun hujung minggu yang paling selesa. Biarpun anda menyukai jeans tersebut, namun mungkin anda pernah menghadapi masalah tidak tahu bila untuk memakainya dan apa padanan sesuai untuk digayakan. Saya kongsikan panduan untuk mengayakan jeans pilihan anda mengikut kesesuaian majlis.

1. Semua jeans tidak direka sama. Ada jeans yang direka sangat kasual dan ada yang sesuai untuk gaya smart casual. Oleh itu, pastikan anda mempunyai kedua-dua jenis jeans ini di dalam almari pakaian. Jeans kasual lebih pudar, berkedut dan mungkin juga sedikit koyak. Manakala jeans berwarna gelap dengan potongan yang kemas lebih sesuai untuk acara yang semi formal.

2. Sehelai jeans tidak akan menyerlah tanpa padanan yang sesuai. Apa yang anda suaipadankan dengan jeans akan menonjolkan diri ataupun menjadikan anda kelihatan terlalu kasual. Padanan jeans dengan kemeja button-down jenis slim fit membuatkan anda menyerlah dan sesuai untuk temujanji kasual. Sesuai juga untuk ke pejabat jika anda bekerja di bidang kreatif dan pada sebelah malamnya, gayakan dengan jaket kasual.

3. Gayakan jeans rona gelap anda dengan blazer. Ini akan menonjolkan diri dengan gaya yang lebih kemas dan anda kelihatan sangat moden apabila digayakan dengan sepasang kasut sesuai.

Incoming search terms:

Cara Menjaga Kesuburan Lelaki

 

Salam semuaa…

 

Sebut pasal kesuburan, mesti anda semua fikirkan tentang sperm yang bagus untuk zuriat kita? Hari ini saya cuma mahu berkongsi tentang lelaki. Kaum perempuan, sila duduk tepi. Kehkehkeh!

 

DSC_0665

Sebelum kahwin, mesti anda pandang remeh tapi bila dah kahwin, anak merupakan isu utama bagi suami isteri. Ramai yang fikir ‘’senang nak dapat anak bila isteri subur tapi sebenarnya tanggapan tuu kurang betul’’. Macam pakar lak rasanya. Kehkehkeh!

 

Nak dapatkan sperm yang baik, rasanya ramai dah tahu ‘’jangan pakai seluar yang ketat’’. Elakkan memakai seluar jeans dan boxer yang tangkap muat. Kehkehkeh!

 

Kekerapan merokok sebenarnya antara punca lelaki mati pucuk kerana kandungan rokok mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur. Mereka yang suka hisap rokok ini selalu dikaitkan dengan tegar minum kopi dan malang buat anda kerana kopi boleh menurunkan pengeluaran sperma.

 

Pengambilan zink sehari – hari sebenarnya boleh mengaktifkan sperma. Macam mana rupa zink tu? Kerapkan mengambil biji – bijian dan kekacang juga daging merah. Apa pun, pengambilan zink ini ada limit dia lebih kurang 30mg setiap hari.

 

 

 

P/s: Jagalah kesuburan anda untuk anak yang comel. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

!!.Tips Menawan Hati Buah Hati..!!

Memandangkan hari valentine makin hampir, jadi aie dengan rajinnyer nak bagi beberapa tips untuk kaum-kaum lelaki menambat hati kekasih hati.haha.Kalau yang belum ade gf tue, siap2kan diri dengan tips aie insyaAllah dapat.haha..yakin jer aie neh kn.hakhak.Aie( bukan name penuh) hehe.. idak laa sehebat aaron aziz nak bagi tips tapi setakat nak berkongsi ilmu sikit-sikit tu boleh lah terutama untuk jijan.haha.sue, ko jangan gelak.



Aie cukup yakin pasti nya ramai pasangan yang tengah hot bercinta dah mula terpikir nak candle light dinner kat mane, nak keluar ke mane, nak kasi hadiah apa kan???aie pun sama. hopefully aie bleh la berjumpa dengan gf aie nanti. heh. Maklum laa bulan februari nanti kan bulan cinta..Bak kate Amelina ‘Bulan ini bulan cinta, Bulan ini bulan kita’.Bersempena dengan bulan cinta eni, sama-sama lah kita yang ada kekasih hati ne menghargai satu sama lain.

Kebiasaannya hari yang ‘istimewa’ ini lah pelbagai cara akan dilakukan untuk menarik perhatian yang tersayang. Mungkin korang ada cara korang yang tersendiri tapi aie cuma nak selitkan sedikit tentang soal pemilihan pakaian. Tampillah dengan hebat, berbeza dari biasa dan pasti si dia akan tergoda.hahaha. caya laahh!!!

Mencipta Gaya dan Daya Tarikan
Pernah tak korang terpikir macam mana nak tampil hebat dan mantap sehinggakan yang tersayang akan berkata, ‘wow,u look gorgeous, sayang”. Korang tak perlu tampil dengan pakaian yang berjenama seperti AX( aku ler tu), Paul smith atau pun zara dan korang jugak tak perlu membazirkan duit korang untuk barang- barang yang baru. Sebaliknya aie sarankan korang buka lah balik almari ajaib korang tu.hehe. korang check list baju-baju yang nampak masih baru dan sesuai padankan.

Tips ini boleh membantu macam mana korang boleh tampil dengan gaya yang tersendiri.

1. Pakaian dan saiz badan
Saiz badan sangat penting memandangkan ianya harusla muat dengan pakaian yang hendak dipadankan. Baju atau seluar yang dipakai itu haruslah tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Walaupun baju yang dipakai tidak kelihatan menarik tetapi apabila ia muat sempurna pada badan, anda akan kelihatan lebih menarik.


2. Pakaian Yang Kelihatan Terang
Pastinya korang mahu menciptakan perhatian semasa bersama si dia ketika menikmati hidangan makan malam.wah!romantik nye sayerrr..!!haha.Pastinya korang mahu menyembunyikan apa yang dirasakan tidak sempurna.Caranya, gayakan pakaian yang tampak terang kerana ia memberi lebih fokus atau titik tumpu. Jika korang tidak pernah memakai merah jambu, apa kata gayakan warna itu. Namun biarlah sesuai dengan tona kulit anda.


3. Ringkas Tapi Hebat

Untuk casual date, padankan sehelai jeans dengan kemeja kasual. Sekiranya korang mahu mengekalkan gaya sporty, kemeja-T turtleneck adalah pilihan terbaik menggantikan kemeja-T biasa. Jika anda tidak mahu menggayakannya dengan jeans, khakis atau slack potongan baggy juga boleh laa.

Hitam adalah pilihan sempurna dinner date. Anda boleh memakai atau tampil kasual dengan memakai jeans berwarna hitam, dan padankan dengan kemeja atau kemeja-T berwarna maroon atau merah hati. Untuk ke parti formal, sut hitam dipadankan dengan kemeja terang adalah pilihan terbaik. Jika anda gemar memakai sneaker, tukarkan dengan kasut kulit. Ringkas, selesa dan bijak bergaya merefleksi stail serta sikap anda yang sempurna.


4. Pewangi

Menggayakan pakaian sempurna di badan pastinya tidak lengkap tanpa semburan pewangi yang menyerlahkan personaliti diri korang. Pewangi Eau de Parfum dan Eau de Toilette yang mengandungi ekstrak musky wood, citrus, vanilla, cedar wood akan menonjolkan lagi kelakian anda. Sebelum keluar, jangan lupa menggunakan deodorant.haha..aie yakin pasti kekasih hati korang asyik nak berkepit celah ketiak..haha


5. Pewangi Pilihan (Miami Playboy)
Tampan, menggoda dan seksi. Miami Playboy merupakan pewangi moden khas yang diadun dengan bergamot, epal, rosewood, cyclamen dan ekstrak jasmine, dan cedar yang menyerlahkan karisma lelaki. Daya tarikannya bagaikan magnet. Wajib Cube..!!








Incoming search terms: