DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Panduan Pemakanan Seimbang

Salam semuaa..

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Cara Membina Badan

Pernah anda terfikir walaupun tiada rupa yang hensem tetapi memiliki bentuk badan yang cantik dan menawan? Hari ini saya berkongsi serba sedikit cara membina badan yang betul untuk mereka yang merasakan ingin mengubah dari ”kurus kering kepada badan yang pejal dan berotot”.

Kenyataannya apabila memiliki badan yang cantik, keyakinan diri dan perasaan nak mengorat tuuuu akan lebih terujaaa! Pertamanya anda kena tahu diet yang betul ”otot terhasil daripada apa yang kita makan”. Apa yang anda kena tahu lebih adalah cara mengira kalori harian makanan yang diperlukan untuk supaya dapat membakar kalori dengan betul.

Dalam membina badan ini, jumlah kalori yang kita ambil perlulah lebih daripada jumlah kalori yang perlu dibakar. Bagi yang biasa, normally kalori yang diambil adalah 2500 kalori tetapi untuk membina badan, pengambilan kalori perlulah lebih seganda daripada biasa ”pembakaran kalori yang kurang akan menyebabkan otot lambat membesar”.

Seperti sebelum ini, saya selalu sarankan apabila membina badan, anda perlu lebihkan pengambilan protein sebabnya protein ini yang membantu pembentukan otot badan. Apabila dah tetapkan penggambilan kalori yang diperlukan, mulakan dahulu dengan senaman ringan supaya badan tidak terkejut dan cedera. ehehe!

Kalau nak badan cantik ini bukan sekadar dengan senaman jer tetapi memerlukan makanan tambahan supaya otot yang terhasil lebih cepat dan mantap! Apa yang anda perlu buat selepas tuu, pastikan anda mempunyai jadual latihan dan pemakanan yang betul secara konsisten.

P/s: Nasihat saya cuma satu, jangan give up kalau sekadar melakukan latihan hanya untuk seminggu!

Incoming search terms:

Tips Tambah Berat Badan

Kali ini saya nak berkongsi Tips Tambah Berat Badan dan membina otot pada masa yang sama tas request admin Dunia Lelaki Maskulin . Tips hari ini adalah untuk mereka yang memang nekad nak naikkan berat badan ideal supaya lebih mantap.

Ada 3 perkara yang perlu anda utamakan jika ingin menambah berat dan membina otot dalam yang sama. Pertama, anda memerlukan agen perangsang iaitu aktiviti seperti latihan beban. Bagi wanita, jangan risau kerana badan anda tidak akan berketak – ketak dan anda boleh masuk sini untuk info yang lebih detail.

Kedua, anda memerlukan makanan yang berkualiti dan jangan risau dengan pengambilan lemak sekiranya anda ingin menambah berat badan. Lebihkan tumpuan pada pengambilan karbohidrat (60%), lemak (10-15%) dari jumlah keperluan kalori dan anggaran 100 hingga 150 gram untuk pembinaan otot tubuh.

Last sekali, anda juga memerlukan suplemen tambahan seperti keratin, glutamin atau lebih mudah jika anda mengambil kapsul multivitamin setiap hari. Nisbah lemak dan otot adalah 4kg otot sama dengan 1kg lemak.

Tidur yang cukup sebenarnya membantu pembesaran badan selain menjauhkan diri dari tersepit dengan masalah emosi. Emosi boleh menganggu cara pemakanan anda dan boleh menjadi musuh utama untuk anda menambahkan berat badan.

P/s: Untuk mendapatkan badan yang berotot dan tidak mengelebeh, anda perlu bersenam dan latihan beban merupakan pilihan yang terbaik.

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »