DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Penjagaan Rambut Sebelum tidur

Berapa ramai yang tahu jenis sikat dan cara menyikat rambut sebenarnya mempengaruhi kesihatan rambut? DUNIA fesye rambut berkembang setiap minit. Sama ada anda seorang wanita atau lelaki, penting bagi anda untuk mengetahui penjagaan rambut yang betul dan mudah dilakukan di rumah.

Perkara asas yang harus dititikberatkan ialah cara menyikat rambut. “Ramai yang menganggap bahawa menyikat secara kerap boleh membawa kemudaratan” sedangkan masalah sebenarnya ialah penggunaan sikat yang tidak bermutu atau sikat mahal. Apa kata anda sikat rambut sebelum masuk tidur dan pada waktu pagi sebelum mandi. Ketika bersiap untuk ke tempat kerja, anda mungkin boleh guna jari untuk menggayakan stail rambut.

“Jangan sapukan gel atau minyak selepas rambut dicuci. Ini kerana anda tidak berupaya mengubah stail sehingga cucian seterusnya. Sebaliknya, biarkan rambut anda bebas untuk pelbagai stail sepanjang hari atau hari kedua.”

Gosok dengan jari

Caranya amat mudah. Selepas menyapukan syampu di atas kepala, gosok dengan hujung jari selama beberapa minit. Kemudian, gunakan sikat untuk disebar ke seluruh dan hujung rambut. Cuci hingga bersih dan sapukan perapi rambut di atas rambut. Kemudian, gunakan sikat sekali lagi untuk menyebarkan perapi tersebut. Akhirnya, bilas dan keringkan rambut seperti biasa.

P/s: Untuk kesan yang lebih baik, sebaiknya sikatlah rambut sambil menundukkan kepala. Lakukan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut
.

Incoming search terms:

Neelofa Reka Kasut Persandingan Ezlynn RM20,000

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Tidur Pun Tersenyum dapat Test Drive Volkswagen Gti Polo Baru ..

 

Salam semuaa..

Baru – baru ini saya berpeluang pergi ke majlis pelancaran kereta terbaru Volkswagen Polo GTI di Sepang. Woaaahhhh Volkswagen tu peluang sekali dalam setahun pun belum tentu dapat. Sehari sebelum event lagi, saya dah eksited sampai tak lena tidur dibuatnya. Kehkehkeh!

Datang jer terus register sambil tunggu pelancaran Polo GTI baru. Memang tak sabar nak tengok lagi – lagi saya memang follow dengan setiap keluaran kereta Volkswagen.

Tepat 9 pagi, saya dah sampai dah kat litar sepang. Kehkehkeh!

Sementara tunggu majlis pelancaran bermula, sempat jugak saya amek feel nak bawak kereta mahal. Kiranya macam regangan tangan sebelum memulas stereng kereta idaman. Kehkehkeh!

Boleh pulak terjumpa dengan rakan lama editor majalah remaja. Alamak, sedondon la pulak baju corak kotak – kotak macam berjanji jer..

Lebih kurang 15 minit diberi penerangan tentang Volkswagen Gti Polo baru, barulahhh dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah Urusan Volskwagen, Mr Ricky Tay.

Volkswagen Polo GTI baru ini direka dengan lebih kukuh, paling pantas, lebih fokus serta dengan prestasi paling bersih pernah dikeluarkan setakat ini. Tapi paling penting penjimatan minyak sehingga 24%. Memang kereta pilihan yang sesuai dengan harga minyak yang semakin naik sekarang.

Paling best,pelancaran pemasaran bagi Polo GTI baru ini diperkenalkan melalui rangkaian social selain dilengkapi dengan ciri keselamatan yang lebih baik.

Kuasa maximum enjin ialah 180ps pada 6200 rpm di mana mampu memecut 100 km/j dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 229 km/j.

Volkswagen Polo GTI jugak dilengkapi dengan XDS differential lock iaitu sistem kawalan cengkaman elektronik untuk memberi lebih cengkaman serta pengendalian yang lebih cekap terutama ketika mengambil selekoh.

Diberi nafas baru dengan tampil lebih elegan di mana mempunyai kuasa stereng hidrolik dan menariknya, Volkswagen Polo GTI baru menjadi yang pertama dilengkapi bi-xenon pada lampu utama  dan lampu sisi kereta. Lampu depan jugak dipasang dengan lampu LED siang hari yang menyerlahkan lagi penampilan kereta.

Dah teruja dengan spesifikasi Volkswagen Polo GTI baru, bertambah seronok bila dapat test drive kat litar ala – ala Michael Schumacher. Sebenarnya, datang sini memang tak budget pun nak merasa test drive tapi bila dalam press kit dah mention semua yang datang akan test drive kereta Volkswagen, tak tahu nak kata apa mampu senyum selebar mungkin. Kehkehkeh!

Sebelum masuk litar, kami diberi pilihan memilih kereta Volkswagen untuk dilenjan sebaik mungkin. Dalam trek ini, saya diberi latihan untuk buat emergency break dan juga latihan untuk avoided accident. Dahla dapat kereta mahal, dapat pulak main stereng sehabis mungkin, pergghhhhh memang seronok gila. Belum lagi betul – betul masuk litar. Kehkehkeh!

 

Kali ini merasa Volkswagen Polo GTI. Memang terbaikk woahhhh!

Volkswagen Scirocco kereta idaman hati. Tak dapat miliki dapat test drive pun jadi. Kehkehkeh!

Amacam? Jeles tak..

Dah habis sesi latihan, masa yang ditunggu – tunggu datang jugak. Dah kata dapat test drive kat litar sepang, kenalah pakai ala – ala Schumacher. Keselamatan harus diutamakan. Kehkehkeh!

Kali ini, kereta yang saya bawak kereta baru dari Volkswagen iaitu Polo GTI baru untuk amek feel bila bawak kat litar. Polo GTI didatangkan dengan 2 versi iaitu 3 door berharga Rm132,888 dan 5 door yang berharga Rm135,888. Kaler pulak ada 6 varian iatu Candy white, solid black, flash red, deep black with pearl effect, reflex silver dan shadow blue.

Dapat pusing 3 lap kat litar sepang sememangnya pengalaman yang mengujakan malah secara peribadi Volkswagen Polo GTI baru memang terbaik. Bukan nak puji tapi dengan harga Rm130k ++ memang berbaloi – baloi. Bukan hanya stereng yang pick up tapi bila amek corner pun memang smooth gila. Kalau saya takde kereta, Volkswagen Polo GTI pasti akan menjadi pilihan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234Depan »