DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kriteria Kekemasan Penampilan Lelaki

Salam semuaa..

Penampilan dan kekemasan diri antara aspek utama yang perlu lelaki titik beratkan. Bukan hanya perempuan yang perlu mementingkan penjagaan diri.

Sabun buku bukan untuk wajah

LELAKI mempunyai kulit yang berminyak kira-kira 15 peratus melebihi wanita. Pori besar membenarkan segala kekotoran meresap ke dalam kulit. Usah malas mencuci muka menggunakan pembersih wajah yang betul. Elakkan penggunaan sabun buku untuk badan pada wajah. Begitu juga dengan syampu dan krim pencukur, pastikan anda mempunyai sabun khusus untuk setiap perkara.

Pemakaian

PILIH baju yang diperbuat daripada fabrik kapas yang ringan bagi mengurangkan peluh. Rapikan bulu ketiak secara berkala kerana ia boleh mengundang bau badan yang tidak menyenangkan. Baju yang berkedut-kedut melambangkan keperibadian lelaki yang tidak ‘taat’ pada kebersihan dan kekemasan.

Potong kuku

KUKU sering dipandang remeh oleh lelaki. Mereka hanya memotong kuku tangan apabila betul – betul panjang manakala kuku kaki mungkin dirapikan sebulan sekali. Beri penekanan pada kebersihan kuku kerana ia terdedah pada bakteria hampir setiap saat. Kuku kaki khususnya hampir separuh hari diliputi stoking dan kasut boleh menyumbang pada masalah kaki berbau.

Bercukur

HAMPIR semua lelaki perlu bercukur. Perapian misai dan janggut perlu agar penampilan sentiasa tampak kemas. Jangan sekali-kali bercukur tanpa krim yang betul kerana boleh mencederakan kulit. Mesin pencukur yang tepat juga memainkan peranan bagi membentuk gaya yang diingini. Selepas bercukur, aplikasikan after shave yang bertujuan mengurangkan kerengsaan.

IMG_4659

Senaman dan pemakanan

SUKAN atau senaman sudah sebati dengan karakter lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana majoriti mereka memang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagaimanapun, bagi jejaka yang kurang memberi perhatian pada kepentingan senaman, sudah tiba masa untuk anda mengubah cara hidup. Riadah ringan tiga kali seminggu cukup untuk membekalkan kecergasan dan mengekalkan bentuk badan yang ideal.

P/s: Begitu juga dengan pemakanan, kadar metabolisme lelaki diketahui memang tinggi berbanding wanita. Ketahui kalori yang diperlukan badan anda dan makan mengikut jadual pemakanan yang betul dan seimbang.

Incoming search terms:

Duduk Atas Dompet Boleh Sakit Belakang?

Salam semuaa..

Nampak macam remeh tapi sebenarnya duduk atas dompet boleh menyebabkan penyakit belakang yang akan dialami ketika anda semua semakin berusia. Golongan yang kerap mengalami semestinya kaum lelaki. Kalau anda lelaki mungkin sekarang pun anda tengah duduk atas dompet.

Apabila dompet dibelakang secara amnya postur akan menjadi tidak betul dan menghasilkan ketidakseimbangan otot kerana duduk menyenget. Pada awalnya memang anda takkan rasa lagi tapi bertahun nanti anda akan rasa sakitnya bermula dari pinggang sehingga kaki. Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah.

Golongan yang kerap dapat penyakit ini biasanya yang selalu kena duduk terutama kat pejabat dan berpeluang besar mengidap penyakit sakit belakang. Dompet bertindak sebagai bacu yang memaksa pelvis, tulang belakang dan badan bergerak. Sesiapa yang memandu lebih daripada 30 minit dengan duduk di atas dompet adalah calon seterusnya kena sciatica.

P/s: Seeloknya sebelum duduk, angkat dulu wallet letak dalam poket bahagian depan. Nanti dah tua bangka takde guna dah nak minum susu anlene lagi. :D

Incoming search terms:

Tips Makan Secara Sihat

Salam semuaa..

Sekian lama menyepi dari menu diet bersama saya di dapur dan kali ini saya luangkan masa untuk berkongsi Tips Makan Secara Sihat dengan menu istimewa iaitu sandwic versi batman. Jom teruskan bersama!

IMG_4518

Untuk mendapatkan badan yang cergas dan sentiasa fit, pemakanan antara perkara pertama saya pentingkan setiap hari. Tips yang kerap digunakan biasanya saya akan elakkan makanan bergoreng dan suka dengan makanan yang direbus ataupun kurang minyak.

Sesuai dengan menu diet saya hari ini yang ringkas tapi berkhasiat, cara nak sediakan adalah dengan memilih gardenia wholegrain fibremeal, tuna mayonaise, buah tomato, salad dan sebiji telur.

IMG_4525

Kenapa mesti ada telur? Telur adalah sumber protein terbaik dan takkan menggemukkan sekiranya diambil dalam kuantiti yang betul.

IMG_4529

Kali ini,  telur digunakan untuk menyalut pada kepingan roti.

IMG_4536

Minyak bukan tak boleh digunakan dalam masakan cuma seeloknya gunalah minyak zaitun dan kurangkan sedikit ketika memasak kerana kandungan minyak ini boleh menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Jadi kalau anda yang suka makanan bergoreng seperti ikan goreng, ayam goreng dan makanan yang ada nama goreng kat belakang tu, ubahlaaa resepi tu sikit yer!

IMG_4547

Buah-buahan dengan saya ibarat isi dengan kuku. Takde buah mana boleh jadi lelaki bhaaaii! Ehhh melenconggggg. Buah – buahan ini menu wajib dalam hidangan saya dan kalau orang lain boleh jadikan Mr Potato sebagai snek kegemaran tapi buah – buahan pula adalah snek kegemaran saya. Berbeza? Yes itu yang membezakan seorang yang mementingkan kesihatan sepanjang masa. Kehkehkeh!

IMG_4564

Bila lelaki di dapur, air tangan lelaki lagi mahal dari perempuan woooo! Kehkehkeh!

IMG_4567

Sandwic versi batman. Mudah dan menyihatkan.

IMG_4570

Sebenarnya, nak dapat badan yang sihat jawapan dia mudah sangat cuma mampu atau tak untuk kita melakukannya. Menu kurangkan minyak dalam masakan antara tips terbaik dalam menguruskan badan dengan berkesan. Kurus tapi tak fit? Apabila kita berjaya mengawal cara pemakanan seharian, jangan pula exercise ditinggalkan kebelakang.

IMG_4629

Pengalaman saya sendiri sebelum mendapat badan idaman, setiap hari saya mengawal nafsu makan yang besar dengan hanya mengambil menu dari jadual piramid makanan dengan cekalkan hati setabah mungkin. Dah dapat target berat tu, langkah seterusnya saya banyak menghabiskan masa setiap hari di gym dengan membentuk badan yang diingini. Lelaki biasanya ada aim bahagian yang nak diketulkan sepert chest,wing,lengan tapi semua tu tak mustahil kalau anda betul – betul tekad dan berusaha kerana semuanya bermula dengan gaya hidup yang sihat. Kehkehkeh!

Tips Gaya Hidup SIhat

Sebelum terlupa, sekiranya anda ingin mendapatkan lebih tips kesihatan tentang amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal, jangan lupa menonton rancangan Sihat 1 Malaysia yang dihoskan oleh Fahrin Ahmad. Malah anda boleh mendengar tips kesihatan terkini daripada selebriti lain iaitu Siti Saleha, Chef Zaidah, Ifa Raziah dan ramai lagi.

P/s: Maklumat lanjut untuk mendapatkan cara pemakanan dan tips kesihatan yang lebih baik dengan melayari Laman web Gaya Hidup Sihat.

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234567Depan »