DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Perempuan Memang Cepat Emosi

 

Salam semua.

Fuhhh tiup habuk yang dah dua bulan saya tak hapdet apalagi nak sapu bersih. Semua perasaan jadi satu tapi hari ini dengan rasminya saya kembali semula bersama darkbatman dan pastinya akan diserikan dengan entri santai. Perempuan memang cepat emosi terutamanya bila dicabar lelaki. Kehkehkeh!

Bab cabar mencabar ini memang boleh hempas kat perempuan yang egonya tinggi mengalahkan galah. Pantang kita cabar ”Ehhh cuba berjalan lurus jangan nak jadi mak ketam mesti esoknya mulalah berjalan mata ke bawah tangan ke pinggang lenggok lemah gemalai” tapi berapa hari boleh bertahan kalau dari azali memang dah ketam bak kata saya ”Jangan cuba betulkan paip yang bengkok kalau tak tahu cara nak melebur”

 

 

“ala orang perempuan memang macam tu.. kuat emosi.. hati tisu.. sikit-sikit nak amik hati !”

 

 

Tapi bukan setakat dicabar jer boleh nampak emosinya seorang perempuan tu. Paling senang nak tengok kat facebook, buka news feed bersepah status sedih 80% mesti perempuan. Seee mesti perempuan jugakkan? Emosi tu memang bagus sebab orang kata itu terapi jiwa tapi kalau setiap masa nak emosi tak tentu pasal rasanya dah memang kena betulkan urat saraf yang terpeleot kat mana – mana. Kehkehkeh!

Emosi ini lebih sinonim dengan perempuan tapi kalau lelaki semestinya ego. Ye, ego bhaiii! Orang kata ego tu penting untuk jaga negara, jaga keluarga haa yang menjaga tu semuanya lelaki. Bukan nak puji lelaki tapi dah terbukti trang tang tang. Bukan nak mengutuk apalagi mengata tapi bila emosi terlebih, lelaki sebenarnya rimas bak kata saya ”walaupun sehari tak sikat rambut, jangan disangka rambut takkan bertukar menjadi kak limah”. Kehkehkeh!

 

 

 

P/s: Tak salah nak beremosi tak jugak salah nak bermanja berlebihan tapi jangan lupa lelaki ini ada tahap kesabaran jangan sampai satu masa anda hanya menjadi barang hingusan. Kehkehkeh!

Incoming search terms: