DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Bapa Paling Bergaya & Icon Fesyen

Salam semuaa..

Bapa? Mungkin kedengaran sedikit janggal tetapi peranan bapa tak dinafikan lagi dan kali ni saya nak tampilkan beberapa icon bapa yang menjadi ikutan fesyen terkini.

Jude Law

Jude Law diakui kacak danmempunyai aura sediki nakal dan paling penting dia berjaya menggabungkan gaya kontemporari dan klasik yang cukup memikat dan bersahaja tanpa perlu mencuba. Dia juga kelihatan lebih muda daripada usianya dan mem punyai kualiti yang boleh kita senaraikan sebagai Ikon Fesyen.

Dia selalu bergaya kemas dan rapi tetapi pada masa yang sama kelihatan cukup santai. Dia bijak bergaya mengikut acara dan tempat, misalnya sentiasa memakai tuksedo potongan klasik dalam rona biru bagi acara formal.

David Beckham

Beckham cukup dihormati kerana punyai keyakinan yang tinggi, ceria dan cukup memberikan inspirasi kepada para penyokong-penyokongnya. Dia tidak takut untuk bereksperimentasi dengan fesyen. Dia bijak mengikuti trend fesyen yang diolah mengikut interpretasinya sendiri. Dia sentiasa mengejutkan dengan gayanya yang kadangkala melawan arus fesyen. Dia juga digelar Lelaki Metroseksual dan menjadi ikutan remaja sehingga hari ini.

 

Johnny Depp

Depp cukup dikenali dengan gaya individunya. Kadangkala gaya dia berpakaian terarah lebih kepada kostum. Namun, gayanya cukup unik dan seperti kombinasi watak seperti Indiana Jones, penyanyi rock dan juga lanun. Cukup cool dan hip. Antara aksesori yang tidak boleh ditinggalkannya ialah:

* Cermin mata hitam berwarna

Depp memakai cermin mata bukan hanya untuk bergaya malah kerana mata kiri beliau sememangnya mempunyai masalah pandangan jarak jauh. Dia selalu memilih cermin mata potongan klasik dengan cermin berwarna biru atau ungu.

Will Smith

Dia adalah contoh bapa yang paling hip berdasarkan gayanya yang cukup bersahaja (laid-back style) dan sentiasa kelihatan hebat di karpet merah. Jika dibanding dengan selebriti yang lain, Smith kelihatan cukup gembira tanpa dibuat-buat dalam foto-foto yang dirakamkan oleh lensa jurugambar.

Incoming search terms:

Gaya Cermin Mata 2012

Salam semuaa..

MEMAKAI kaca mata dapat membentuk imej seseorang. Hanya dengan sepasang bingkai berkaca yang berfungsi bagi melindungi mata, anda mampu kelihatan pintar, seksi dan bergaya. Malah, dalam sesetengah keadaan kaca mata mampu menarik perhatian serta memberi keyakinan kepada si pemakai.

Bagi penggemar kaca mata yang memiliki kulit gelap seharusnya memilih bingkai berwarna terang bagi menampakkan kulit yang lebih cerah.

Adidas antara koleksi cermin mata yang menepati citarasi lelaki yang lebih elegan dan sporty. Semakin unik design yang dikeluarkan semakin yakin untuk menggayakan cermin mata yang dimiliki.

 

Pemakaian cermin mata ini juga sebenarnya bergantung kepada bentuk muka jadi pilihlah kaca mata yang sesuai dan trend terkini tapi janganlah pula memakai kaca mata sehingga menutup kening mata. Kelihatan janggal apabila dipadankan nanti.

Incoming search terms: