DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips Berkesan Untuk Bercukur

 

Bercukur merupakan kewajipan lelaki terutama bagi mereka yang ingin kelihatan segak dan bergaya. Sesetengah lelaki mungkin mengabaikan bercukur tapi sebenarnya bercukur ini melambangkan ciri – ciri lelaki untuk tampil maskulin di khalayak ramai.

Jika anda mempunyai janggut dan misai yang panjang, lebih mudah bercukur dengan menggunakan pemotong elektrik atau gunting. Cuci wajah atau bahagian yang hendak dicukur dengan menggunakan air suam. Tujuannya supaya pori-pori kulit muka terbuka dan ini memudahkan cukuran. Sebelum menyapu krim pencukur, bilas wajah dengan air sejuk dan bersih.

Sapukan krim pencukur beberapa minit sebelum bercukur untuk melembutkan rerambut. Gunakan krim pencukur dengan perapi. Pastikan anda menggunakan pisau cukur dengan mata pisau yang tajam. Mungkin anda perlu menggunakan mata pisau yang baru sekiranya anda ingin mencukur bahagian yang lebih luas.
 
Sebelum memulakan cukuran, pastikan anda memilih gaya yang bersesuaian dengan bentuk wajah. Lebih selamat jika anda mencukur semuanya. Ketika bercukur, pastikan arah cukuran anda betul. Ia bukan sahaja memudahkan, malah dapat meratakan cukuran anda. Selepas bercukur, bersihkan bahagian yang telah dicukur dengan menggunakan air bersih untuk mengembalikan kesegaran wajah.

P/s: Pilih pisau cukur yang tajam dan bersih. Pisau yang berkarat boleh melukakan kulit dan menyebabkan jangkitan.

Incoming search terms: