DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Cara Membina Otot

Sukan bina badan memerlukan kita membakar kalori, jadi kita perlu makan (amik kalori) melebihi jumlah kalori yang dibakar. kadang2 kite rase kita dah buat latihan yang betul, tapi kenape badan tak besar2 jugak….mane nak besar kalu jumlah kalori yg dibakar lebih kurang je ngan ape yang kita makan. Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Panduan Memilih Gym

Salam semuaa.

Hari ini saya nak share panduan memilih gym yang sesuai dengan anda. Gym yang betul menentukan kemalasan dan kerajinan anda untuk bersenam.

1. Lokasi

Carilah gym yang berdekatan dengan anda kerana semangat nak ke gym ini biasanya hangat pada permulaan bulan sahaja. Jangan mencari gym yang terlalu jauh.

2. Parking Kereta

Sesetengah tempat biasanya mempunyai parking yang crowded. Dah sampai di gym, mood nak mengangkat berat dah bertukar jadi mood panas hati.

3. Bayaran

Sesetengah mereka yang baru nak berjinak dengan dunia gym biasanya akan terus pergi pada gym mahal contohnya Celebrity Fitness dan Fitness First. Saranan saya, save budget anda dan cuba cari gym yang tak simple tapi penuh dengan peralatan dan bukannya beraircond. Bila ada aircond, duit pun mengalir macam air.

4. Masa Operasi

Pastikan masa operasi gym kena dengan masa anda.

5. Jurulatih

Jurulatih ini paling penting. Jangan memilih rupa tapi pandang pada bentuk badan dulu. Kadang- kadang ada trainer yang nak bagi client cepat berpuas hati, terus sarankan amek steriod. Berhari – hati la ye!

Incoming search terms:

Tips Pernafasan Ketika Bersenam

Salam semuaa..

Hari ini kita masuk bab kesihatan pulak yer. Dah berhari – hari duk exercise pipi dan perut dengan entri santai, kali ini kita cuba dengan tips pernafasan ketika bersenam. Kehkehkeh!

Pernafasan ini umpama air pada bunga ”takkan berkembang kalau tak disiram”. Kehkehkeh! Semakin lama anda menahan nafas, semakin lama anda boleh exercise. Bagaimana nak atur pernafasan supaya teratur?

 

Cubalah bernafas dengan perut kerana oksigen akan mengalir lebih banyak ke seluruh badan dan semestinya akan membuatkan fikiran menjadi lebih rilek dan segar. Tapi AWAS!!!! ”kalau anda mempunyai perut comel, jangan terlalu memaksa dan sila cuba berulangkali takut nanti muntah tak henti – henti”.

 

Kerapkan berlatih bernafas sebelum mula bersenam. Contoh yang paling simple ketika berjalan atas treadmill dengan kelajuan rendah, ”mulakan berjalan perlahan – lahan sambil menarik nafas panjang melalui hidung”. Apabila penafasan dah stabil, anda boleh menambahkan kelajuan sedikit demi sedikit.

 

 

P/s: Orang kata ”balang takkan penuh kalau bukan jari yang mengisi”. Yang penting penuhkan strategi dan jangan putus asa bak kata saya ”kalau tak dibuka butangnya manakan dapat seluar dibuka”. Semuanya perlukan kesabaran. Sabar bhaiii! Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »