DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Cara Menambah Berat Badan

 

Salam semuaa.

Kali ini sekali lagi entah kali keberapa saya masih nak share cara nak menambah berat badan untuk anda semua. Dah berkali – kali saya install tips nak kasi berat bertambah tapi dengan versi yang berbeza.

Cara nak menambah berat badan kali ini lebih kepada pembentukan atau senang cite transformation dari badan keding ke badan sasa. Teruja takkkk? Mesti mau teruja punya lahhh kan? Tips pertama anda kena tahu jumlah pengambilan kalori kerana nak membina otot badan, jumlah kalori yang diambil dalam sehari haruslah lebih tinggi dari diet harian anda. Otot dibina melalui lebihan kalori dan sekiranya jumlah kalori yang dibakar lebih daripada apa yang anda makan, persoalannya kat mana kita nak simpan lebihan kalori? Ada ker lebihan kalori kalau semuanya habis dibakar oleh badan kita? Kat sini lah yang saya maksudkan kena tahu jumlah kalori yang kita ambil.

Cara kedua nak tambah berat badan jugak melalui pengambilan kalori yang tinggi. Makin banyak kita ambik, kalori makin banyak tersimpan otot makin banyak nak dibentuk tapi jangan pulak pergi makan jajan berpaket – paket kang mau perut timbul berlapis – lapis. Jajan ini lebih kepada Junk kalori ibaratnya kalori sampahlaaa. Jadi, contoh makanan terbaik untuk tambah kalori ambiklahh nasi, pasta, kekacang dan susu.

Selain mengambil makanan yang tinggi kalori, saranan saya jangan segan – segan ambik protein untuk meningkatkan saiz otot anda. Tak ramai yang tahu apabila badan kita keding sebenarnya badan kekurangan protein jadi yang jadi mangsa adalah tisu otot yang menyebabkan badan semakin mengecil. Sekurangnya sehari tu ambik laa lebih kurang 1 gram protein dari daging, ayam, ikan dan telur tapi jangan pulak sampai terlebih protein karang terkena gout susah pulakk. Kehkehkeh!

Dah sibuk – sibuk tambahkan berat badan jangan pulak dibiarkan jadi mengeleber tak tentu pasal. Karang saya jugak yang kena maki bagi ilmu salah. Kehkehkeh! Apabila badan dah besar, rajinkan diri melakukan senaman kardio takpun senaman bebanan supaya badan lebih kemas dan padat. Saranan paling bagus lakukan senaman yang lebih kepada melatih otot dalam satu pergerakan.

Incoming search terms:

Waktu Sesuai Untuk Senaman Kardio?

 

Salam semuaa..

Senaman kardio atau lebih dikenali sebagai senaman kardiovaskular merupakan senaman yang boleh kuruskan badan anda dengan cara meningkatkan pengepaman darah dari jantung ke seluruh badan anda melalui sistem peredaran darah dalam tubuh.

Contoh senaman kardio ialah seperti berlari, berjogging, berjalan, senamrobik dan berenang. Kelebihan senaman bebanan ini saya dah ulaskan sebelum ini jadi rajinkan diri laa ye masuk entri lama. Kehkehkeh!

 

Bila waktu terbaik untuk melakukan senaman kardio ini? Sebaiknya selepas melakukan latihan bebanan kerana setelah buat latihan bebanan, badan sudah membakar glukosa dan glikogen simpanan jadi senaman yang dilakukan selepas bebanan tadi akan membakar lemak sebagai sumber tenaga.

 

 

P/s: ”Melakukan senaman kardio pada waktu pagi akan menyebabkan otot dibakar sebagai sumber tenaga”. Ini kerana waktu pagi, paras glukosa sangat rendah begitu juga paras asid amino.

Incoming search terms: