DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Waktu Sesuai Untuk Senaman Kardio?

 

Salam semuaa..

Senaman kardio atau lebih dikenali sebagai senaman kardiovaskular merupakan senaman yang boleh kuruskan badan anda dengan cara meningkatkan pengepaman darah dari jantung ke seluruh badan anda melalui sistem peredaran darah dalam tubuh.

Contoh senaman kardio ialah seperti berlari, berjogging, berjalan, senamrobik dan berenang. Kelebihan senaman bebanan ini saya dah ulaskan sebelum ini jadi rajinkan diri laa ye masuk entri lama. Kehkehkeh!

 

Bila waktu terbaik untuk melakukan senaman kardio ini? Sebaiknya selepas melakukan latihan bebanan kerana setelah buat latihan bebanan, badan sudah membakar glukosa dan glikogen simpanan jadi senaman yang dilakukan selepas bebanan tadi akan membakar lemak sebagai sumber tenaga.

 

 

P/s: ”Melakukan senaman kardio pada waktu pagi akan menyebabkan otot dibakar sebagai sumber tenaga”. Ini kerana waktu pagi, paras glukosa sangat rendah begitu juga paras asid amino.

Incoming search terms: