DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Suami Muda pukul isteri di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di Jalan Gambang

 

 

Akibat gagal menahan sabar selepas lebih tiga jam menunggu isteri membeli-belah, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita itu di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di sebuah pasar raya di Jalan Gambang, di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita berusia 50 tahun dan tinggal di sebuah taman perumahan berhampiran pasar raya berkenaan, lebam di beberapa bahagian badan dan muka sebelum mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Gambang.

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Mentega Golden Churn Creamy Butter l Tidak Halal

 

Salam semuaa..

Semalam, Jakim mengesahkan Mentega Golden Churn Creamy Butter Tidak Halal kerana mengandungi dna babi. Pengusaha kek lapis perlu menukar kepada mentega lain memandangkan hari raya semakin tiba.

Mentega Golden Churn Creamy Butter ini menjadi perhatian apabila orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

 

 

 

Incoming search terms:

Kebaikan dan Kelebihan Air Kelapa

 

Salam semua..

Haaaa, bulan puasa ini mesti ramai mengidam nak minum air kelapa kan lagi – lagi kalau mereka yang hamil. Air kepala ini susah nak dapat kalau duduk area kl tapi bulan puasa, memang senang sangat nak dapat.

Air kelapa bebas daripada lemak dan kolesterol jadi anda boleh minum sampai lebam ye! Kehkehkeh! Ia mungkin tidak sesuai untuk mereka yang menjalani latihan yang berintensiti tinggi kerana kandungan karbohidrat yang rendah dan juga protein sekitar 2g berbanding keperlukan purata 15 hingga 17 gram protein untuk pemulihan seseorang selepas berlatih.

 

Kelebihan air kelapa ini adalah lebih bernutrisi dari susu penuh krim. Berbanding dengan jus buah – buahan yang lain, aie kelapa lebih rendah kalori iaitu Air kelapa mengandungi kurang sodium (25 mg) jika dibandingkan dengan kebanyakan air minuman sukan (41 mg), dan air tenaga (200 mg).

 

 

 

Kebaikan minum air kelapa boleh menurunkan suhu badan dan menaikkan metabolisme badan selain boleh mengawal diabetes. Tapi biasanya kalau terkena demam campak, air kepala memang menjadi ubat yang diminati oleh para ibu yang risaukan anak – anak mereka berbanding dengan ubat klinik.

Incoming search terms:

Muka Surat : « Undur1234567...18Depan »