DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips Makan Secara Sihat

Salam semuaa..

Sekian lama menyepi dari menu diet bersama saya di dapur dan kali ini saya luangkan masa untuk berkongsi Tips Makan Secara Sihat dengan menu istimewa iaitu sandwic versi batman. Jom teruskan bersama!

IMG_4518

Untuk mendapatkan badan yang cergas dan sentiasa fit, pemakanan antara perkara pertama saya pentingkan setiap hari. Tips yang kerap digunakan biasanya saya akan elakkan makanan bergoreng dan suka dengan makanan yang direbus ataupun kurang minyak.

Sesuai dengan menu diet saya hari ini yang ringkas tapi berkhasiat, cara nak sediakan adalah dengan memilih gardenia wholegrain fibremeal, tuna mayonaise, buah tomato, salad dan sebiji telur.

IMG_4525

Kenapa mesti ada telur? Telur adalah sumber protein terbaik dan takkan menggemukkan sekiranya diambil dalam kuantiti yang betul.

IMG_4529

Kali ini,  telur digunakan untuk menyalut pada kepingan roti.

IMG_4536

Minyak bukan tak boleh digunakan dalam masakan cuma seeloknya gunalah minyak zaitun dan kurangkan sedikit ketika memasak kerana kandungan minyak ini boleh menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Jadi kalau anda yang suka makanan bergoreng seperti ikan goreng, ayam goreng dan makanan yang ada nama goreng kat belakang tu, ubahlaaa resepi tu sikit yer!

IMG_4547

Buah-buahan dengan saya ibarat isi dengan kuku. Takde buah mana boleh jadi lelaki bhaaaii! Ehhh melenconggggg. Buah – buahan ini menu wajib dalam hidangan saya dan kalau orang lain boleh jadikan Mr Potato sebagai snek kegemaran tapi buah – buahan pula adalah snek kegemaran saya. Berbeza? Yes itu yang membezakan seorang yang mementingkan kesihatan sepanjang masa. Kehkehkeh!

IMG_4564

Bila lelaki di dapur, air tangan lelaki lagi mahal dari perempuan woooo! Kehkehkeh!

IMG_4567

Sandwic versi batman. Mudah dan menyihatkan.

IMG_4570

Sebenarnya, nak dapat badan yang sihat jawapan dia mudah sangat cuma mampu atau tak untuk kita melakukannya. Menu kurangkan minyak dalam masakan antara tips terbaik dalam menguruskan badan dengan berkesan. Kurus tapi tak fit? Apabila kita berjaya mengawal cara pemakanan seharian, jangan pula exercise ditinggalkan kebelakang.

IMG_4629

Pengalaman saya sendiri sebelum mendapat badan idaman, setiap hari saya mengawal nafsu makan yang besar dengan hanya mengambil menu dari jadual piramid makanan dengan cekalkan hati setabah mungkin. Dah dapat target berat tu, langkah seterusnya saya banyak menghabiskan masa setiap hari di gym dengan membentuk badan yang diingini. Lelaki biasanya ada aim bahagian yang nak diketulkan sepert chest,wing,lengan tapi semua tu tak mustahil kalau anda betul – betul tekad dan berusaha kerana semuanya bermula dengan gaya hidup yang sihat. Kehkehkeh!

Tips Gaya Hidup SIhat

Sebelum terlupa, sekiranya anda ingin mendapatkan lebih tips kesihatan tentang amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal, jangan lupa menonton rancangan Sihat 1 Malaysia yang dihoskan oleh Fahrin Ahmad. Malah anda boleh mendengar tips kesihatan terkini daripada selebriti lain iaitu Siti Saleha, Chef Zaidah, Ifa Raziah dan ramai lagi.

P/s: Maklumat lanjut untuk mendapatkan cara pemakanan dan tips kesihatan yang lebih baik dengan melayari Laman web Gaya Hidup Sihat.

Incoming search terms:

Mengapa Perlu Bersenam?

 

Salam semuaa..

Kenapa kena bersenam? Bagi saya, bersenam ini ibarat kita isi minyak kereta setiap hari. Kalau pilih yang betul, enjin pun smooth dan berkuasa tinggi. Main reason saya suka bersenam sebabnya boleh menambahkan keyakinan. Cuba anda bayangkan, dari body kecil jadi body ketak – ketak, pergi mana – mana semua orang pandang, huhh apa rasanya ye? Mesti bangga bukan lagi manis bila diberi pujian. Eehhhh bukanlah nak pujian sangat tapi kepuasan kita exercise tu dihargai oleh orang. Kehkehkeh!

 

Bersenam ini ibarat mempunyai kekasih hati sebenarnya. Makin kita rajin bersenam, makin kita jaga hati perasaan dia mesti cantik jer body hmm mesti bahagia jer hati. Cewaahhh berfalsafah pula kan? Sifat semulajadi seorang lelaki menjadi pelindung kepada yang tersayang, dengan bersenam dapat memberi kekuatan dan bersedia untuk berperang. Berperang? Bukanlah pegang senjata bhaiiii! Tapi orang yang memandang, nak usha awek kita pun tak berani.

Dari segi fitness, bersenam ini boleh menambahkan tenaga, stamina dan kekuatan. Bila kita bersenam, badan akan membakar kalori dan memudahkan pengurusan berat selain menambahkan kadar metabolik. Setiap hari buat exercise, jantung akan mengepam dengan laju sebab oksigen intake sekaligus mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan masalah tulang.

Konsep bersenam secara briefly sama dengan pemakanan. Kalau makan makanan yang tak sedap, mesti banyak jer alasan yang muncul sama jugak kalau buat senaman yang membosankan. Semua tu pada minda kita sebabnya kita yang kontrol dan tentukan gaya hidup macam mana yang kita nak. Kalau nak kering jawabnya keringla anda semua. Kehkehkeh!

 

 

Incoming search terms:

Selamat Hari Guru l Tema GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

OFF

Hari ini saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar hari guru. Tema Hari guru tahun 2011 ”GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”.

 

Setiap tahun pada 16 Mei kita semua akan menyambut hari guru dan pernah tak kita tertanya – tanya kenapa kita menyambut hari guru?

 

Enam objektif Hari Guru yang digariskan dalam laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia:

 

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

 

 

Tanpa anda, siapalah saya, siapalah peguam yang petah berhujah, siapalah doktor, siapalah akauntan hebat, siapalah bisnesman berjaya. Tanpa anda, siapalah Perdana Menteri kita hari ini!

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234567Depan »