DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Penjagaan Rambut Sebelum tidur

Berapa ramai yang tahu jenis sikat dan cara menyikat rambut sebenarnya mempengaruhi kesihatan rambut? DUNIA fesye rambut berkembang setiap minit. Sama ada anda seorang wanita atau lelaki, penting bagi anda untuk mengetahui penjagaan rambut yang betul dan mudah dilakukan di rumah.

Perkara asas yang harus dititikberatkan ialah cara menyikat rambut. “Ramai yang menganggap bahawa menyikat secara kerap boleh membawa kemudaratan” sedangkan masalah sebenarnya ialah penggunaan sikat yang tidak bermutu atau sikat mahal. Apa kata anda sikat rambut sebelum masuk tidur dan pada waktu pagi sebelum mandi. Ketika bersiap untuk ke tempat kerja, anda mungkin boleh guna jari untuk menggayakan stail rambut.

“Jangan sapukan gel atau minyak selepas rambut dicuci. Ini kerana anda tidak berupaya mengubah stail sehingga cucian seterusnya. Sebaliknya, biarkan rambut anda bebas untuk pelbagai stail sepanjang hari atau hari kedua.”

Gosok dengan jari

Caranya amat mudah. Selepas menyapukan syampu di atas kepala, gosok dengan hujung jari selama beberapa minit. Kemudian, gunakan sikat untuk disebar ke seluruh dan hujung rambut. Cuci hingga bersih dan sapukan perapi rambut di atas rambut. Kemudian, gunakan sikat sekali lagi untuk menyebarkan perapi tersebut. Akhirnya, bilas dan keringkan rambut seperti biasa.

P/s: Untuk kesan yang lebih baik, sebaiknya sikatlah rambut sambil menundukkan kepala. Lakukan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut
.

Incoming search terms:

Ada apa di kulit kepala kita sebenarnya?

Salam semuaaa…

Haaa tenung jangan tak tenung gambar kat atas ye… Ape benda sebenarnya yang ada di kulit kepala anda? Pernah ke kita ambil peduli sebenarnya? Penting ke? Haaaa sabar ye semua, sebelum anda semua mencari-cari jawapan yang pasti, jom baca dulu entry ni. Kehkehkeh.

Baru-baru ni saya telah luangkan masa untuk ke Yun Nam Hair Care di Mid Valley. Kalau sebut Yun Nam mesti semua dah tahu, datang sini mestilah untuk penjagaan rambut kan. Terutama bagi mereka yang bermasalah rambut dan mengalami keguguran rambut . Kehkehkehh…

 

Sebelum mulakan treatment, pakar rambut mengambil butiran diri dan mengambil tahu tentang keadaan rambut saya terlebih dahulu.

Lepas consultation session, kulit kepala di scan kulit kepala kita yang dah di zoom berganda-ganda kalinya di mana terus keluar pada skrin komputer. Pakar memberikan penerangan yang jelas tentang keadaan rambut, menunjukkan kawasan yang kurang sihat serta memberikan penjelasan tentang bagaimana rupanya kulit kepala dan rambut yang sihat. Mak aihhhh tak sangka macam-macam rupanya yang ada di permukaan kulit kepala kita ye. Ish ish ish…

 

Service Yun Nam memang cekap dan teratur. Sebelum sesi bermula lagi, saya dah diberi penerangan step by step untuk sesuatu sesi. Bermula dari consultation, scanning, analysis, treatment dan solution.

Sebelum mula treatment, pakar rambut tadi menghidangkan pula herbal tea kepada saya. Sedapppp! Kehkehkeh… Selain dapat air free, saya diterangkan pulak mengenai treatment part iaitu cleansing scalp, herbal, rinsing dan blow dry.

Lepas analyze kulit kepala, masa untuk mulakan treatment. Mula-mula, rambut akan dicuci, dan selepas tu rambut dibelah dan rumusan herba yang tebal dan kaya nutrisi akan disapu secara lapisan demi lapisan pada kulit kepala.

 

Bila seluruh rambut telah disapu dengan rumusan tersebut, kepala dibalut dan diurut secara perlahan. Pakar jelaskan tentang fungsi urutan dan rumusan khas tersebut ketika menjalankan proses tersebut. Fuhhh memang selesa dan service yang superb!

 

Kalau anda perasan, pakar rambut yang consult saya tadi ialah orang yang sama jalankan treatment rambut pada saya. Di Yun Nam Hair Care, mereka percaya 1 konsultan 1 pelanggan akan menghasilkan result yang lebih optimum kerana konsultan itu memahami masalah yang dihadapi pelanggan dari mula lagi dan memantau sebarang kemajuan dan keadaan sepanjang sesi treatment berlangsung.

Lepas sesi treatment, sekali lagi kulit kepala di scan untuk lihat perubahannya. Haaaa anda semua tahu tak apa beza nya?? Tahu tak? Nak tahu??? Kehkehkeh

Haaaaaa!!! Banyak sungguh bezanya kan? Kan? Apa yang saya lihat, serupa macam yang anda lihat dalam gambar di atas. Kulit kepala lebih bersih! Kotoran atau benda-benda yang tak sepatutnya berkampung di kulit kepala semua clear lah! Kehkehkeh…

Kalau tengok dekat-dekat, nampak betul perbezaannya. Mau ternganga kejap saya dibuatnya. Kehkehkeh…

Rambut saya pun dah berbeza lepas treatment tamat. Haaaa bukan setakat consultation dan treatment jer yang ada kat sini tapi service style rambut pun bolehhhh dibuat. Dah macam Goku pulak rambut saya. Kehkehkeh…

Berbalik semula dengan gambar dan persoalan di awal entry, mesti ramai yang dah tahu kulit kepala kita ada yang berminyak, berkelemumur, dan juga kotoran yang terlekat di kulit kepala.. ada jugak yang ada masalah uban, rambut jarang dan sebagainya.

Lihat betul-betul perubahannya. Selepas treatment rambut saya kelihatan lebih tebal, segar dan sihat! Rambut yang sihat mampu membuat penampilan kita tampak lebih segar dan muda! Kehkehkeh..

 

Di Yun Nam, masalah yang berkaitan dengan rambut dan kulit kepala boleh diselesaikan. Semuanya ditanggung beresssss. Kehkehkeh.. Penting ke kita ambil tahu tentang penjagaan kulit kepala? Of course la penting, macam kulit muka yang nak di cuci, di manja dengan produk penjagaan, begitu juga dengan kulit kepala.

Jika ada yang berdepan dengan masalah rambut, jangan berputus asa sebab ada jalan penyelesaian. Kenapa biarkan penampilan kelihatan tua padahal umur masih muda?

OOPPSS NANTI DULU! Saya belum habis lagi, kehkehkeh!  Apa rasanya kalau anda merupakan antara 10 orang bertuah yang akan memenangi pakej hadiah bernilai RM8000?? Wowww! Lumayan tuh!! Apa yang perlu anda buat hanyalah suai padan gambar sebelum dan selepas para pelanggan Yun Nam Hair Care melalui laman web www.matchandwin.com.my . Atau, layarilah  http://www.facebook.com/yunnammy  dan like page ini.

 

 

P/S : Kalau ada masalah berkaitan rambut atau kulit kepala, cepat-cepatlah pergi buat appointment dengan Yun Nam Hair Care ye. Kehkehkeh.

Incoming search terms: