Semalam lagi sekali saya dikhabarkan tentang facebook palsu yang digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di entri Gambar Aku Tapi Profile Orang lain. Rasanya isu ini tak boleh saya nak perlekehkan kerana kali ini dah kali kedua benda yang sama muncul lagi.
Ingatkan selepas kes penyamar darkbatman di facebook selesai, akaun facebook palsu tidak lagi menjadi isu tapi nampaknya ada lagi yang muncul. Rasanya selepas ini, saya kena selak semula setiap gambar dalam blog untuk letak watermark kerana ini kali kedua orang lain menggunakan picture dan akaun facebook palsu.
Tadi tanpa ragu – ragu, saya terus klik report/ block insan yng bernama Zack Zain. Saya harapkan selepas ini tiada lagi kemunculan Facebook Palsu sebegini.
P/s: Apa kejadahnya curi picture aku buat profile facebook palsu. Punya lah ramai artis yang kacak hensem, kenapa lah gambar aku menjadi mangsa lagi. - Serik nak berfacebook lagi -
Incoming search terms:
- gambar orang hensem (18)
- facebook palsu (1)
- foto facebook palsu (1)
- gambar profile facebook (1)
- zack zain (1)


