DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

(Gambar) Dahlia Teck l Skandal Baru Awek Khairul Fahmi Che Mat l KFCM

 

Siapa Dahlia Teck? Wooo berita panas malam ini apabila blogwalking ternampak pasal skandal baru awek Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) iaitu penjaga gol nombor satu Malaysia. Lagi mengejutkan apabila gambar Dahlia Teck ini sudah tersebar. Gilaa ahhhh!

 

Hubungan Khairul Fahmi Che Mat dan tunangnya Aimie Harmelia sedang dilanda masalah sehingga melarat ke facebook Armie dan Dahlia Teck ini dikatakan punca hubungan diaorang retak. Rasanya bila bergaduh, seeloknya diselesaikan secara elok dan lagi manis kalau hal melibatkan keluarga ini tak manis diperbesarkan dalam ruangan social. Yela, dah masuk facebook, rasanya akan mengeruhkan lagi keadaaan.

Elia atau juga dikenali sebagai pemilik blog jejariruncing ini seakan bengang dengan apa yang berlaku dan sewaktu melilau – lilau dalam blog jejariruncing.blogspot.com, hanya doa yang dihadiahkan supaya semuanya kembali pulih. Malam esok akan berlangsungnya perlawanan Malaysia menentang Singapura dan diharapkan apek bersedia dan mempamerkan persembahan yang mantap.

P/s: Tiket perlawanan Malaysia vs Singapore dah beli. Tak sabar nak pergi tengok esok!

Incoming search terms:

Gambar Khairul Fahmi Bertunang dengan Elia Jejari Runcing l KFCM

OFF

Agak lambat update pasal Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) bertunang dengan ELia@Aimie Harmelia jadi mehlah kita layan gambar pertunangan penjaga gol terhangat kat Malaysia ini.

 

 

Majlis pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dengan Elia@Jejariruncing ini diadakan pada 17 mei 2011 di Kuala Lumpur. Nama KFCM ini mula naik sewaktu Perlawanan Piala AFF Suzuki.

 

 

>

 

 

 

 

Tahniah buat Khairul Fahmi dan Elia@jejari runcing. Bertunang pun dah nampak hebat, agaknya kalau kahwin mesti boleh jadi wedding of the year kan? Kehkehkeh!

 

 

Incoming search terms:

Keputusan Terkini@ Penuh Selangor vs Kelantan l Piala FA 13 Mei 2011

Mesti ramai yang cari Keputusan Terkini@Penuh Selangor vs Kelantan l Piala Fa 13 Mei 2011 memandangkan pihak Rtm tidak diberi hak rasmi untuk siaran langsung malam ini. Agak mengecewakan bila tak dapat nak tengok live perlawanan malam ini.

 

Apapun, saya cuma mampu update Keputusan Terkini @bilangan gol yang dijaringkan memandangkan  takde siaran live nak update secara lebih detail.

SENARAI KESEBELASAN UTAMA

SELANGOR

Mohd Asraruddin Putra, Safiq Rahim, Mohd Bunyamin Umar, Mohd Hardi Jaafar, Gunalan A/L Padathan, Yosri A/L Derman, Mohd Amri Yahya, Azidan Sarudin, Mohd Amirulhadi Zainal Sudar, Mohd Saidul Amar dan Mohd Fadzli Saari.

 

KELANTAN

Subramaniam A/L Sooryapparad, Mohd Farisham Ismail, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, Mohammad Ramzulzahini Adenan, Mohd Nurul Azwan Roya, Mohd Daud Su Jamaludin, Mohd Badhri Mohd Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, S. Chanturu dan Zairu Fitree Ishak.

 

Minit ke 11′  kelantan menjaringkan gol melalui Ramzulzahini menjadikan pasukan Kelantan mendahului Selangor 1-0.

26′ minit perlawanan, Selangor cuba untuk melakukan serangan namun masih belum dapat mematahkan pasukan lawan.

 

Minit ke 27′  Zarul dilayangkan kad kuning dan sepakan percuma untuk Selangor.

 

Minit 34′  Sepakan luar kotak penalti untuk Selangor dan tendangan Hardi nampaknya tersasar jauh.

 

Minit 38′ Sepakan percuma untuk Kelantan.

 

Minit ke 40 Gol buat Kelantan lagi sekali oleh Ramzulzahini melalui hantaran cantik Norshahrul Idlan Talaha. Kelantan kini meninggalkan Selangor 2-0.

 

Kelantan 2 – Selangor 0

 

Minit 43′ Gol ketiga buat Kelantan melalui rembatan kencang Zairu Fitree Ishak.

Kelantan 3 – Selangor 0

 

Tamat separuh masa pertama Perlawanan Liga Super l Selangor vs Kelantan 13 Mei 2011.

 

Wisel Perlawanan Kedua dimulakan.   Minit 45′ Perlawanan dimulakan dan Selangor mula mengatur langkah.

 

Minit 48′ Sepakan percuma untuk Kelantan.   Amirulhadi di bawa keluar pada minit ke 52 setelah dikasari oleh pemain pertahanan Kelantan.

 

Minit ke 55′ Sepakan penjuru buat pasukan Kelantan.

 

Minit 57′ Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan AmirulHadi.

 

59′ Selangor mula mengatur strategi baru nampaknya. Serangan bertubi – tubi dilakukan. 63′ Pemain Selangor Yosri A/L Derman dikenakan kad kuning kerana menahan bola dengan tangan.
65′ Norshahrul Idlan Talaha hampir menjaringkan gol tapi tersasar. Minit 67′ Gol keEmpat buat kelantan melalui jaringan Nurul Azwan Roya.
Kelantan 4- Selangor 0

71′ Akhirnya Nor Shahrul Idlan Talaha menjaringkan gol ke 5. wohooooo! 5 gol untuk malam ini.
Kelantan 5- Selangor 0


Kelantan nampaknya berpesta gol malam ini. Penjaga gol Selangor digantikan dengan Mohd Iqbal pada minit ke 74′. 85′ 5 minit sebelum tamat perlawanan, lontaran dalam untuk pasukan Kelantan. Minit 87′ Selangor mengambil sepakan percuma tetapi tersasar.
Kelantan 5 – Selangor 1

AMri Yahya memberikan gol bonus buat Selangor pada minit ke 90. Tamat Perlawanan dan nampaknya Kelantan 5 – Selangor 1. Tahniat buat pasukan RW.

Incoming search terms:

Muka Surat : « Undur1234567891011Depan »