DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Fesyen Rambut Lelaki 2012

 

Salam semuaa.

Rambut merupakan antara aset penting bagi lelaki yang menjaga penampilan diri untuk kelihatan kacak dan maskulin di khalayak ramai.  Saya listkan beberapa fesyen rambut untuk tahun 2012 supaya anda semua lebih kacak bergaya setiap masa. Semakin kemas penampilan diri semakin mendapat tempat di hati wanita. Kehkehkeh!

Curly Wave Style l Rambut Ikal

Photo of Jeremy Sumpter short textured wavy hairstyle.

Rambut ikal biasanya akan membuatkan lelaki mengeluh kerana sukar nak dijaga tetapi kalau kena pada gayanya, memang boleh kelihatan lebih maskulin daripada lelaki berambut lurus.

Short Spike Style

Robert Pattinson 2009 with his short spiky hairstyle.JPG

 

 Short Haircut

Spikey

American Style

Chris Evans as Captain America hair style Chris Evans Short Hairstyles

Medium Messy Hairstyle

New Robert Pattinson with medium messy hairstyle picture.JPG

 Shag Hairstyle 

http://2.bp.blogspot.com/-CW_b6KOzXhE/TbGFpapvb-I/AAAAAAAAAJ8/R9UcDR-xc0o/s1600/Fall-2011-Mens-Hairstyles-Fashion-Trends-Cool.jpg

Slicked Back Undercut

michael pitt haircut

Shoulder Length Hairstyle

mens undercut quiff

P/s: Pemilihan fesyen rambut perlulah sesuai dan tidak terlalu keterluan.Extreme sangat pun nanti kena bahan tak pasal – pasal kena botakkan kepala. Kehkehkeh!

 

 

Incoming search terms:

Tips Memilih Kemeja Lelaki l Panduan Wajib Baca

 

Salam semuaa.

Kalau perempuan rasa tidak lengkap tanpa dress dan skirt dalam almari, lelaki juga sebenarnya sama juga begitu cuma bukanlah penuh dengan skirt tapi memiliki pakaian formal terutamanya kemeja dengan potongan tepat. Kali ini, saya nak bagi tips untuk memilih kemeja yang terbaik supaya nampak lebih menarik;

 

Tukang Jahit

Menjadi keutamaan bagi anda memilih tukang jahit yang benar-benar anda percaya. Survey dulu beberapa butik yang berpengalaman mereka dan menjahit pakaian formal. Kemudian buatlah pilihan tepat. Daripada perbualan awal tentang gaya, anda sudah boleh menilai tahap kepakaran seseorang tukang jahit. Lihat juga koleksi rekaan mereka sama ada ia menepati citarasa anda atau tidak. Tukang jahit yang baik tentu saja dapat mencipta gaya yang anda inginkan tanpa berdolak-dalih.

Fabrik

Pemilihan fabrik adalah elemen penting dalam menentukan keselesaan anda sebagai si pemakai. Pilihan kain kapas adalah yang paling sesuai untuk kemeja. Material yang lembut, kuat dan anti-kedut juga adalah alasan kapas sering menjadi pilihan tukang jahit untuk membuat kemeja. Italian Cotton adalah pilihan kebanyakan pereka fesyen antarabangsa. Namun bergantung juga kepada majlis yang anda ingin kunjungi. Pemilihan satin yang lebih lembut mungkin lebih sesuai untuk majlis makan malam. Jika anda tidak berani bermain dengan material, kemeja berfabrik kapas sudah cukup untuk anda kelihatan hebat!

Kolar
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar. Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.

Corak
Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti Windowpanel dan Pastel.

 Warna
Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Kita boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.

Saiz
Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.

Incoming search terms:

Shahir Juara Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 (af8)

Siaran langsung af8 baru saja menutup tirai dan kini sudahpun mempunyai juara bagi Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 2010 (af8) iaitu Ahmad Shahir Zawawi atau  Shahir yang dihoskan oleh Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley juga menampilkan Adlin Aman Ramli, Aznil Haji Nawawi ( Pak Nil) dan Ning Baizura sebagai pengkritik.

Teruskan Membaca

Incoming search terms: