DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Bapa Paling Bergaya & Icon Fesyen

Salam semuaa..

Bapa? Mungkin kedengaran sedikit janggal tetapi peranan bapa tak dinafikan lagi dan kali ni saya nak tampilkan beberapa icon bapa yang menjadi ikutan fesyen terkini.

Jude Law

Jude Law diakui kacak danmempunyai aura sediki nakal dan paling penting dia berjaya menggabungkan gaya kontemporari dan klasik yang cukup memikat dan bersahaja tanpa perlu mencuba. Dia juga kelihatan lebih muda daripada usianya dan mem punyai kualiti yang boleh kita senaraikan sebagai Ikon Fesyen.

Dia selalu bergaya kemas dan rapi tetapi pada masa yang sama kelihatan cukup santai. Dia bijak bergaya mengikut acara dan tempat, misalnya sentiasa memakai tuksedo potongan klasik dalam rona biru bagi acara formal.

David Beckham

Beckham cukup dihormati kerana punyai keyakinan yang tinggi, ceria dan cukup memberikan inspirasi kepada para penyokong-penyokongnya. Dia tidak takut untuk bereksperimentasi dengan fesyen. Dia bijak mengikuti trend fesyen yang diolah mengikut interpretasinya sendiri. Dia sentiasa mengejutkan dengan gayanya yang kadangkala melawan arus fesyen. Dia juga digelar Lelaki Metroseksual dan menjadi ikutan remaja sehingga hari ini.

 

Johnny Depp

Depp cukup dikenali dengan gaya individunya. Kadangkala gaya dia berpakaian terarah lebih kepada kostum. Namun, gayanya cukup unik dan seperti kombinasi watak seperti Indiana Jones, penyanyi rock dan juga lanun. Cukup cool dan hip. Antara aksesori yang tidak boleh ditinggalkannya ialah:

* Cermin mata hitam berwarna

Depp memakai cermin mata bukan hanya untuk bergaya malah kerana mata kiri beliau sememangnya mempunyai masalah pandangan jarak jauh. Dia selalu memilih cermin mata potongan klasik dengan cermin berwarna biru atau ungu.

Will Smith

Dia adalah contoh bapa yang paling hip berdasarkan gayanya yang cukup bersahaja (laid-back style) dan sentiasa kelihatan hebat di karpet merah. Jika dibanding dengan selebriti yang lain, Smith kelihatan cukup gembira tanpa dibuat-buat dalam foto-foto yang dirakamkan oleh lensa jurugambar.

Incoming search terms:

Gambar dan Pelancaran Proton Inspira 2010 l Proton Baru

Salam semua…

Pelancaran Proton Inspira telahpun berlangsung semalam 10 November 2010 di semua pusat pameran proton. Saya sempat menghabiskan masa sekejap memandangkan pusat pameran proton bersebelahan dengan The Curve.

1st reaksi, wow! Proton Inspira sebijik sama macam lancer cuma design bahagian depan agak berbeza sedikit. Malangnya semalam tak sempat nak pandu uji inspira.

Dari sisi, Proton Inspira ini sama saja dengan Mitsubishi Lancer. Kereta Inspira ini didatangkan dengan 4 warna yang menarik iaitu Plum Red, Solid White, Genetic Silver dan Tranquility Black.

Menggunakan enjin Mivec, 4 silinder, DOhc 16V untuk pemanduan yang lebih agresif

Ruangan meter yang lebih stylish!

Mempunyai kawalan auto cruise pada stereng untuk mengawal kelajuan. Spec Proton Inspira nampaknya semakin maju kehadapan.

CVT dengan INVECS – III

Tempat duduk penumpang yang agak mewah dan selesa selain mempunyai ruang belakang yang boleh dilipat dan juga boleh memuatkan sebuah basikal. hoho!

Sport Mode dengan Paddle Shift yang mempunyai 6 step kawalan shift bagi memudahkan pemandu untuk lebih relax ketika memandu Proton Inspira.

Kali ini, kereta Proton Inspira ini nampak lebih exclusive dengan penyusunan panel untuk memudahkan pengguna. Semuanya disebelah pintu pemandu dan nampak lebih tersusun.

Inspira ini dipasang hampir sepenuhnya oleh Mitsubishi dan cuma berbeza pada bahagian depan. Bagi saya, sangat berbaloi dibeli kerana Proton Inspira ini nampak lebih kukuh dan tidak mudah kemek!

Senarai Harga Proton Inspira bagi Semenanjung Malaysia;

Harga Proton Inspira Semenanjung Malaysia

Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Harga Proton Inspira Di Sabah dan Sarawak

Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999

Harga Proton Inspira Di Langkawi

Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999

Kalau berminat nak tempah atau pandu uji Proton Inpira 2010 ini, hubungi;

Proton Edar Sdn Bhd,

Rosmawatie Binti Mat Desa,

Tel: 603-77223221

No Tel : 016-4857220


P/s: Tengok pada spec Proton Inspira ini macam agak berbaloi untuk dimiliki kerana minyak agak menjimatkan berbanding kereta proton lain.

Incoming search terms:

Inspira P390A vs Bonus RM500 Kakitangan Awam 2010

Dua hari ini saya rasa agak meriah dengan berita Proton Inspira yang mulai menerima tempahan semalam dan juga bantuan khas kewangan iaitu bonus Rm500 Kakitangan Awam 2010.

 

Inspira? Bagaimana nama Proton Inspira diberi masih belum diketahui tetapi nampak kepada respon orang ramai, penerimaan kereta Inspira ini seakan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Harga Proton Inspira;

  • 1.8 Manual (RM79,999)
  • 1.8 CVT Auto (RM87,000)
  • 2.0 CVT Auto Premium (RM94,000)
  • Tarikh pelancaran December 2010

 

Hari ini pulak, kakitangan kerajaan mendapat bonus Rm500 yang dibentangkan petang tadi. Kayalah kakitangan awam bulan disember nanti.

 

 

P/s: Kalau rasa nak menempah itu, cuma tambah lagi rm500, Inspira bakal menjadi milik anda setelah pembayaran deposit penuh dilakukan. ahaha! Ada Berani?

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »