Salam semuaaa….
Pernah rasa nak masuk tv tak? Tambah lagi, muka hensem dan jelita anda tu bakal disiarkan untuk tontonan seluruh Asia! Haaaa excited giler kan? Kalau nak tahu macam mana caranya, kenalah baca entry ni sampai lebam! Kehkehkeh!
Hari ini, bertempat di Bangsar Shopping Centre, ESPN STAR Sport telah melancarkan ‘Castrol Football Crazy Longest Pass’ atau ‘Hantaran Terpanjang Castrol Football Crazy’ di negara kita. Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kehadiran Steve McMahon, bekas bintang bola sepak antarabangsa England dan lagenda Liverpool. Hadir bersama Mark Ng, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura. Bertuah rasanya dapat tengok lagenda Liverpool secara live. Kehkehkeh!
Jelita sungguh pengacara wanita majlis ni, Patricia K. Tak berkelip jugaklah mata saya bila memandangnya! Ehh, terpesong pulak. Kehkehkeh! Turut mengacara ialah Adam C (berbaju hijau dalam gambar) dan Jason Desmond (tiada dalam gambar).
Apa itu ‘Hantaran Terpanjang Castrol Football Crazy’??? Macam mana boleh masuk tv melalui program ini? Sebut saja pasal masuk tv semua tak sabar nak tahukan. Secara basicnya, Hantaran Terpanjang CFC akan dibentuk daripada klip-klip video yang dihantar oleh orang ramai. Video-video tu pula kemudiannya akan disunting dan mencipta video hantaran bola sepak yang tidak putus-putus. Macam mana tuu?
Apa yang anda perlu buat ialah merakam video anda sedang menerima hantaran bola, skill menimbang bola ataupun beraksi kreatif dengan bola kerana video hantaran yang paling gempak atau diluar jangkaan akan terpilih untuk digabungkan dalam satu klip hantaran maya dengan peminat lain di seluruh rantau untuk mencipta hantaran terpanjang di Asia. Perghhhhh memang best!
Macam mana nak join program hebat ini?
Hantar video anda ke cfclongestpass@espnstar.com dan jangan lupa pula untuk sertakan nama penuh, dan butir-butir negara. Nak tahu lebih detail, masuk ke www.facebook.com/castrolfootballcrazy. Versi pertama video episod akhir Castrol Football Crazy ESPN boleh ditonton pada 2 Jun 2011.
Rancangan Castrol Football Crazy ini merupakan pendekatan unik daripada rancangan bola sepak yang “serius” dengan tumpuan untuk memberi peluang dan platform kepada para peminat bola sepak selain menampilkan aliran yang lebih segar mengikut perkembangan arus semasa yang lebih menghiburkan.
Rancangan Castrol Football Crazy boleh diikuti setiap Khamis jam 8 mlm di ESPN. Peminat juga boleh mengikuti sorotan khas, dan babak-babak belakang tabir rancangan di laman Facebook Castrol Football Crazy. Don’t miss out!
P/s: Bila lagi nak tunjuk skill anda yang terpendam tuuu? Meh kita join sesama.









