DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips Memilih Kasut Sukan

 

Salam semuaa..

Rasanya tak ramai yang ambik kisah bila melibatkan kasut sukan. Ada yang tengok pada jenama, ada yang tengok pada design kasut dan ada yang nak murah je. Tapi kali ini sekadar nak share tips memilih kasut sukan.

Kalau boleh beli kasut baru ketika hari menjelang petang kerana otot kaki masa itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika anda berolahraga.

Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki anda dan pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda. Selesa itu penting!

Pilih kasut senaman baru yang tidak ‘menggigit’ bahagian ibu jari kaki kerana harga kasut di pasaran bukannya murah dan kualiti tak seperti harga yang ditawarkan. Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga.

Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.

Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.

Incoming search terms:

Berjalan – jalan di Hujung Minggu @ Wangsa Walk..

 

Salam semuaa..

 

DSC_0617Hujung minggu merupakan hari yang paling saya tunggu sebabnya boleh tidur dengan lama dan bersantai di rumah dengan tenang. Kehkehkeh!

 

Minggu ini setelah kepenatan berulang alik ke hospital Sungai Buloh, sempatlah jugak habiskan masa di Wangsa Walk untuk cuci mata. Kehkehkeh! Boleh dikatakan seminggu sekali, Wangsa Walk memang tempat fevret saya selain The Curve.

 

DSC_0721 

Semalam, bertemankan rakan – rakan, sempatlah kejap melilau – lilau singgah di kedai bunga kegemaran saya sebab harga agak murah.Bukan apa ‘operasi mengubahsuai rumah masih belum accomplish’’. Kehkehkeh!

 

Sambil tuu mencari selipar baru memandangkan selipar sekarang agak usang. Kehkehkeh!

 

DSC_0719Lelaki ini tak sama dengan perempuan. Dapat sepasang kasut atau selipar dah cukup sangat dah berbeza dengan perempuan, ‘’kalau tak penuh 1 almari tuu memang tak sah’’. Kehkehkeh!

 

 

DSC_0726 Hush Puppies?? Okey, tang jenama ini saya bukanlah memilih sangat sebabnya saya lebih prefer selipar yang lembut dan selesa.

 

Tapi nak cari yang saya betul – betul suka biasanya 2-3 bulan baru laaa dapat. Kehkehkeh! ’’Pelik juga macam mana perempuan mudah sangat berkenan dengan kasut dengan sekali pandang’’.

 

P/s: Lelaki ini ada ker yang cerewet bab membeli selipar?

Incoming search terms:

Jualan Telefon TerHebat Celcom ( BLUE)




Bulan Disember merupakan bulan yang paling sibuk kerana bulan terakhir inilah, pasaraya mula melakukan promosi besar – besaran bersempena dengan sambutan tahun baru. Mana tidaknya, nak masuk musim persekolahan baru, ibubapa mula sibuk nak mencari kasut dan baju baru buat anak – anak manakala ada juga yang melancong memandangkan cuti yang agak lama apalagi krismas semakin menjelang tiba.

Sebut pasal tahun baru mesti terfikir akan azam 2011 yang bakal menjelma. Azam setiap tahun biasanya berubah daripada mengurangkan berat badan mungkin bertukar kepada kereta dan kerja baru, malah mendapatkan pakaian baru ataupun mungkin juga nak mengantikan handphone baru?hoho!

Bertambah baik lagi bersempena dengan tahun baru, bulan terakhir inilah waktu yang paling sesuai untuk anda semua bertukar atau upgrade handphone anda kerana kini CELCOM kembali dengan jualan TERHEBAT.

Sampel token untuk ditebus

Bermula sekarang sehingga 31 Mac 2011 ”Celcom akan memberi ganjaran kepada pelanggan dengan token khas ketika menggunakan telefon selama tempoh tersebut”. Kumpulkan token seberapa banyak yang mungkin untuk menebus ganjaran handphone terbaru di bandar yang berdekatan dengan anda.

Semakin BANYAK anda guna, semakin banyak TOKEN dimiliki dan semakin BESAR jumlah diskaun yang diperolehi.


Token ini boleh diperolehi melalui dua cara :

Guna telefon anda dan dapatkan diskaun untuk telefon baru - Dengan setiap Rm10 yang digunakan, anda akan memperolehi 1 token

Ganjaran untuk pelanggan yang setia - Selagi anda adalah pelanggan Celcom, anda akan menerima token bergantung pada berapa lama anda bersama Celcom.

Apalagi? Rebutlah peluang untuk mendapatkan token daripada Celcom kerana anda boleh menukarkan dengan 11 telefon yang hebat seperti berikut :

Pelanggan boleh mula menebus telefon hebat ini bermula 15 Januari 2011.

Pelanggan Celcom Broadband juga boleh menebus ganjaran dan diskaun hebat ini di mana penggunaan sebanyak Rm10, anda boleh memiliki 1 token. Wohooo, saya boleh mula mengumpul token lepas ini!

Dengan setiap 20 token yang dikumpulkan, anda akan memperolehi diskaun sebanyak Rm50. Semakin banyak token dikumpulkan, semakin besar jumlah diskaun yang diperolehi.

Sekiranya anda belum lagi menjadi pengguna Celcom, bertukarlah sekarang untuk menikmati ganjaran hebat untuk telefon yang lebih canggih dengan pakej berikut;

Celcom Exec


Dengan hanya berdaftar dengan Pelan Celcom Exec postpaid semasa Jualan Hebat Celcom, anda akan menikmati harga telefon yang berbaloi – baloi! Layari laman sesawang Celcom untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Samsung Galaxy tab serendah RM1,368!   LG Optimus 7 serendah RM1,068 atau Optimus One dengan hanya RM48!


Nokia C7 serendah RM688! Nokia C3 dengan hanya RM88! Sony Ericsson X8 berharga RM108! atau Samsung Squash dengan Percuma!


*Harga bergantung kepada pelanggan yang melanggan pakej yang dipilih Exec Celcom dan tempoh kontrak.

Untuk pengguna perniagaan, hanya mendaftar dengan Celcom Biz dan berpeluang menikmati diskaun hebat pada telefon ini dan mula berhubung dengan rakan perniagaan.

Samsung Galaxy tab serendah RM1,588!   LG Optimus 7 berharga RM1,288 atau Optimus One dengan hanya RM258!

Nokia C7 serendah RM788 dan Nokia C3 for FREE! FREE! Manakala Nokia 2330, 7230 or 2220 juga adalah FREE.


Bagi pengguna Celcom Broadband pula, berita baik bagi anda kerana anda akan memperolehi diskaun untuk Mini HP 110, HP G42 Notebook, atau Router MiFi! (Tertakluk kepada kontrak 12-bulan dan kos RM100 pendaftaran).

Anda juga boleh mendaftar untuk Celcom Broadband Harian atau Mingguan pada harga promosi (RM5/day untuk harian; RM18/week untuk Mingguan).

Biasanya, bulan terakhir merupakan bulan paling sesuai untuk bershopping kerana promosi yang gempak dan murah. Apa pendapat anda pula?

P/s: Nampaknya promosi Celcom kali ini berganda – ganda dan sangat menguntungkan pengguna. Tak sabar nak tunggu bulan 1 untuk redeem token! ahaha. Azam saya untuk tahun depan ialah mengumpulkan Blacberry banyak2 sebagai koleksi. :)

Incoming search terms: