DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Senaman Side Plank untuk Hilangkan Lemak

Salam semuaa…

Senaman side plank selalunya dilakukan untuk menghilangkan lemak terutama pada kawasan belly dan juga tepi pinggang. Side Plank antara Latihan terbaik untuk menghilangkan lemak di kawasan perut.

Baring pada bahagian sisi badan dengan tangan kanan di atas tikar senaman. Bengkokkan tangan kanan dan naikkan badan. Tangan kanan yang bengkok itu akan menyokong badan sebenarnya. Tahan selama beberapa minit.

Tukar posisi mengiring sebelah lagi bahagian badan. Fokus senaman ini ialah untuk memantapkan bahagian perut dan membentuk punggung.

 

P/s: Kalau dibandingkan dengan corset ataupun krim pembakar lemak, senaman sebenarnya alternatif yang lebih baik.

Incoming search terms:

Air yang sesuai diminum Ketika Latihan?

 

Salam semuaa..

Selalunya, ketika membuat latihan ramai yang fikir minum air kesihatan seperti 100plus dan isotonik boleh membantu menghilangkan dahaga dan juga menambahkan stamina.

Sebenarnya, air yang sesuai diminum ketika latihan adalah air sejuk 2-4 darjah selsius. Kadar mengosongkan perut untuk air bersuhu rendah adalah lebih tinggi berbanding air panas kerana air diserap di usus bukannya di perut.

Soalan: Pernah tak berlatih selepas minum air suam,terasa air bergoncang-goncang di perut? Dalam latihan, kita mengeluarkan banyak air dan perlu digantikan segera. Air sejuk dan bukan air ais. Bagi yang menyasarkan bakar lemak, elakkan air bergula termasuk isotonik ketika latihan jika tidak perlu.

Incoming search terms:

Boleh Ker Sauna Membakar Lemak???

 

Salam semuaa..

Hari ini baru sempat nak ulas tentang pertanyaan seorang sahabat ”Boleh ker Sauna Membakar Lemak dan Kuruskan Badan?” Ramai yang salah anggap Sauna ini boleh kuruskan badan terutama sekarang ini banyak syarikat MLM mempromosikan barangan sauna untuk surirumahtangga. Kehkehkeh!

Sebelum itu, apa kebenda sauna ini? Haa, meh sini saya nak terangkan serba sedikit supaya anda semua dapat lebih ilmu. Sauna ini merupakan satu bilik kecil yang tertutup direka supaya wap akan akan terperangkap dalam ruang yang dikhaskan dengan suhu tertentu.

 

Biasanya ada yang guna arang dan ada yang canggih sikit iaitu jenis infrared ”memanaskan objek sebesar periuk nasi”.

Sebenarnya sauna ini elok cuma konsep disalahertikan untuk keuntungan semata – mata. Sepatutnya digunakan untuk pemanasan badan dan bukannya menguruskan badan. Kehkehkeh! Boleh Ker Sauna Membakar Lemak?

 

Konsep tadi Sauna adalah untuk memanaskan badan iaitu menghilangkan air di dalam badan. Bayangkan anda hanya duduk setempat, otot badan semua rilek lagi santai dan hanya peluh yang keluar rasa – rasa otot badan anda bekerja atau tengah tido? Kehkehkeh!

 

Haa, nampak tak kenapa badan anda tak kurus? Jadi kalau setahun anda bersauna belum tentu dapat turunkan 10kg berat badan. Tertipukan? Wahahahaaha!

 

 

P/s: Nak kuruskan badan dengan sihat ini takde cara shortcut sebenarnya. Semuanya perlu ada usaha bak kata saya ”perut takkan bulat kalau rajin buat sit up” Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Muka Surat : 123Depan »