Salam semua..
Hari ahad baru ini, selepas sesi Nestle World Walk Days, saya menerima sms daripada bro eyriqazz tentang event yang dianjurkan oleh TM Everyone Connects yang diadakan di The Curve dan khabarnya ada Bunkface. Sampai saja kat sana, semua geng talibarut kakinakl dah berlegar – legar memenuhi ruang utama event ini. ahaha!
Muka – muka familiar yang diberikan invitation oleh nuffnang untuk meraikan TM Everyone Connects ”adakah nuffnang tidak lagi sayang daku”. huaarrrghhhhhh..
Pasangan yang sedang hot bercinta Anak Perak dan Redlinda mesti sentiasa berdua tetapi kali ini, ery farieha pula nampaknya semakin terjebak dengan geng talibarut kakina. hehe!
Host untuk event kali ini siapa lagi kalau bukan Ben dan Hunny Madu dari FLy Fm. Memang tak bosan tengok celoteh diaorang ini.
Sebelum bermula event ini, bila tengok ramai sangat pergi posing dengan Sam Bunkface, saya pun turut sama tak melepaskan peluang. ahaha!
Acara bermula dengan persembahan Bunkface dan rasanya mesti semua dah tahu Bunkface merupakan Duta Tm. Woohoo..
Gadis cun ini ”Summer Ash” merupakan professional gamer.”Memang gila ahh tengok dia main games semalam”.
Acara diteruskan dengan meraikan Birthday untuk TM Everyone Connects sambil dinyanyikan beramai – ramai.
Dah siap sesi potong kek, Bunkface sekali lagi menyanyikan 3 lagu. Memang syok habis.
Habis jer BunkFace buat persembahan, kami diberitahu untuk berebut belon sebanyak yang mungkin kerana ada hadiah menarik yang menanti. ”Time ini, dah tak tengok kiri kanan janji dapat hadiah’‘ Mana laa tahu kot – kot ada psp seketul. ahaha.
P/s: Happy Birthday to TM Everyone Connects. Berbaloi – baloi apabila dapat lebih daripada 13 hadiah. Walaupun takde psp, dapat cd Ladygaga pun dah cukup teruja. hoho!
Incoming search terms:
- sam bunkface (118)
- gadis cun (75)
- bunkface (17)
- sam bunkface 2011 (11)
- sam bunkface 2012 (8)
- www gadis cun com (3)
- image sam bunk face (2)
- games bosan (2)
- siapa rj muzik muzik (1)
- sam bunkface august 2012 (1)











