DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Kucing Parsi l 3 Trio

 

Salam semuaa..

Masa lahir dulu, ada 6 ekor semuanya dibaca versi dragonball. Tapi 3 ekor mati tinggal lagi 3 ekor yang survive. Diberi nama Socky, Romeo dan Junior. Dah besar?

Pejam celik dah 5 bulan usia kucing parsi comel yang dulunya kiut miut. Socky, Junior dan Romeo, baka dari kucing parsi yang saya beli setahun lepas. Kucing yang macam stokin tu nama dia socky. Dulu ingatkan jantan tapi betina. Paling bersih dan paling suka buat sepah kat dalam rumah.

Anak kucing yang mata dia macam puss in boot bulat dan comel nama dia Romeo. Romeo paling manja antara 3 ekor tapi paling malas nak mandikan diri.

Paling garang dan susah nak mandikan. Dah besar, kecomelan tu macam dah takde tapi apa kata tengok gambar romeo masa kecik.

Comelkan? Kehkehkeh!

Kalau dulu, Junior ini paling kecil dan comot tapi dah besar, woooo paling gebu dan lembut bulu dia. Secomel bapak dia. Kehkehkeh!

Nampak besar dan gebu tapi paling pemalu dan pendiam. Kehkehkeh!

Memandangkan saya antara peminat kucing comel dan gebu, dengan rajinnya membuat page untuk Peminat Kucing Comel dan Gebu di mana boleh berkongsi tips dan gambar kucing parsi yang comel bersama. Mana tahu, boleh bertukar baka dan menambah koleksi yang sedia ada?

 

 

More Info: Likes Fanpage PEMINAT KUCING COMEL & GEBU

 

 

 

Incoming search terms:

My Teddy Heroes

 

Salam semuaa..

Dah lama nak buat entri Heroes aka kucing karpet saya tapi masa agak tidak mengizinkan. Memandangkan ramai sangat yang asyik buat entri kucing saya mana boleh tuan punya kucing tak up entri macam ini kan? kehkehkeh.

Heroes berbeza dari kucing saya yang lain satunya bulu dia lembut, licin dan badan memang kontot. Kalau peluk rasa penuh lagi – lagi dia gemuk bhaii! kehkehkeh! Ada macam teddy tak?

Bela kucing jantan ini agak sukar sebenarnya terutama bila dia dah mengawan, mula laa nak pancut merata – rata. kehkehkeh!

P/s: Macam mana laa nak usung famly kucing untuk balik beraya nanti. Kehkehkeh!

 

Incoming search terms:

Aksi Kucing Comel Di Bulan Puasa

 

Salam semuaa..

Haaa, bulan puasa ini biasanya balik kerja mesti terbongkang atas katilkan? Tapi bukan kita jer penat tapi kucing ini pun turut merasa kehangatan bulan ramadhan. Kehkehkeh!

Setiap masa dua ekor ini memang tidur berduaaa kiranya si bella ini bantal buat si oren ( tengah fikir nama lagi). Kehkehkeh!

Yang ini pulak memang terpisah dari group si oren dan si putih. Asyik berseorangan jer.

Mungkin sebab pregnant, bella kerap tidur berbeza masa dia virgin dulu. Kehkehkeh!

Paling best Juliet aka ibu baru suka sangat meroyan terutama time saya tidur. Sebelum ini saya baru dapat kitten aka Romeo Jr sebanyak 6 ekor tapi malangnya 3 ekor daripadanya tak hidup. Lucky me sebab seekor daripada 3 anak kucing tuuu sejibik macam romeo. Kehkehkeh!

 

 

Ini dia hero kesayangan dan satu – satunya jantan yang dah mengawan. Nampak macam besar tapi sebenarnya gemuk dan pendek jer. Kalau peluk memang best gila terasa penuh jer kat dada. Ingatkan minggu ini dah boleh xchange student ke rumah aizul marcello tapi mungkin belum masanyaa untuk Hero berak kat sana. Aktiviti kesukaaan? Tidur sepanjang hari ! Wahahahahahahaaa!

P/s: Jom layan video Bella vs Hero. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Muka Surat : 123Depan »