DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Latihan Senaman Chest Press

OFF

 

Salam semuaa.

Short update untuk entri fitness hari ini sebabnya saya baru saja balik dari event di kl. Sedikit penat tapi saya tahu reader kesayangan mesti mengharapkan sesuatu dari saya jadi tak membuang masa kita teruskan pada Latihan Senaman Chess Press. Entri kali ini takde video tapi InsyaAllah akan diusahakan dalam masa terdekat. Hari – hari tengok video saya, bosan jugak nanti dibuatnya. Kehkehkeh!

Senaman chess press sebenarnya sangat bagus dalam membina kekuatan dan keupayaan otot atas badan. Otot utama yang menerima impak daripada senaman ini adalah pectoralis major dan tricep. Anda yang kerap melakukan senaman ini akan mempunyai susuk badan yang mantap. Paling penting ketika melakukan senaman adalah mengawal pernafasan dengan betul. Baring atas bangku senaman yang berada dalam keadaan lurus. Pastikan bahagian punggung rata di atas permukaan bangku dan lock di bahagian pinggang.

Cara memilih dumbell yang sesuai adalah dengan mengangkat dan menurunkan dumbell sekurang-kurangnya 12 kali tanpa henti. Lakukan sebanyak 3 set di mana satu set dibuat sebanyak 20x.

P/s: Cuba elak daripada menggunakan satu bahagian otot saja dengan melakukan suatu jenis sukan.

MORE PICTURESLIKES FANPAGES DARKBATMAN.COM

Incoming search terms:

Susu Protein Bina Badan

 

Salam semuaa..

Rasanya ramai lelaki yang mencari susu protein bina badan untuk dapatkan body yang mantap dan juga ketak – ketak. Kelebihan minum protein shake ini supaya anda memperoleh bentuk badan yang diingini dan idamkan. Yela, orang kata bila dah body mantap, pakai baju koyak pun still nampak kacak. Kehkehkeh!

Dalam blog darkbatman, saya hanya sarankan dua protein yang saya ambik iaitu Rev Mass Protein dan jugak W.O.Protein. Alasannya sebab murah dan hasilnya memuaskan hati saya. Cutting body sebenarnya penting bagi lelaki yang nak dapat awek lebih! Kehkehkeh!

Kelebihan minuman susu protein bina badan ini saya dah terangkan dalam previous entri jadi rajinkan diri anda untuk menyelak entri lama. Bila waktu sesuai untuk minum suplemen bina badan? ”Seeloknya sebelum work out, makan dulu dan selepas sejam baru mengambil protein tambahan dan teruskan dengan exercise”.

Tapi macam mana pula kalau exercise dulu dan lupa nak minum protein? Setengah jam selepas exercise, anda dah boleh ambik protein. Biasanya pengambilan protein ini adalah mengikut berat badan dan sehari, disarankan mengambil 2-3 kali saja. Tapi jangan pulak bila dah ambik protein tup tup malas nak exercise. Haaa, memang cari pasal.

Minimun untuk melakukan exercise paling cepat setengah jam dan paling lama sejam setengah  jadi jangan push diri anda too hard takut nanti boleh mencederakan otot. Nak dapat body cantik ini kenalaaa banyak usaha dan jugak sabar. Nanti bila dah ada protein, jom belajar cara nak bancuh susu protein ini supaya memudahkan anda kemudian hari. Kehkehkeh!

 

P/s: Nak dapat shape yang anda idamkan kenalah sesuaikan dengan exercise untuk membentuk part body yang anda ingini dan perlulah dilakukan step by step. Kehkehkeh!

 

Incoming search terms:

Punca Kejang Otot l Cara Mengatasi?

Sebelum ini, ramai yang kerap bertanya pada saya ”kenapa badan akan rasa sakit – sakit setelah melakukan exercise?” Sebenarnya, apa yang dialami boleh dikatakan sebagai kejang otot. Sakit otot dan sendi ini dibahagikan kepada dua iaitu kekejangan otot atau ketegangan otot.

Punca ketegangan dan kejang otot ini mungkin kerana anda terlalu aktif atau setelah anda melakukan sebarang rutin senaman. Jika ia berlaku selepas anda melakukan latihan di gym, anda tak perlu risau. Rasa sakit sendi itu menunjukkan aktiviti kecergasan anda berkesan.

Apa yang perlu anda lakukan? 30 minit sebelum anda melakukan sebarang aktiviti atau ke gym, pastikan anda makan dan begitu juga 30 minit selepas aktiviti tersebut.

Makanan yang sesuai adalah seperti susu yang mengandungi ”whey protein”; makanan daripada karbohidrat yang ringkas seperti buah – buahan untuk memberikan tenaga dan sumber protein bagi membantu pembinaan otot. Fuhh,panjang lebar. hehe!

1- 2 jam selepas bersenam, baru lah anda boleh mengambil makanan yang biasa. Kekejangan otot juga merupakan simpton badan anda sedang dehidrasi juga kekurangan garam.

P/s: Seeloknya, sebelum melakukan latihan di gym, jangan lupa melakukan aktiviti regangan badan bagi mengelakkan masalah ketegangan otot. 20 minit pun dah cukup sebenarnya cuma anda kena rajin. hehe!

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »