DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Lelaki dan Jam Tangan

 

Salam semuaa.

 

Jam tangan antara aksesori yang paling penting buat lelaki kerana Jam Tangan ini boleh menjadi kayu pengukur betapa tebalnya poket seseorang lelaki. Kehkehkeh!

Tapi pandangan boleh menipu bhaiii! Sesetengah lelaki mementingkan harga jam tangan. Makin mahal makin bergaya. Makin senang nak memikat hati perempuan. Bila tanya ‘saudara pukul berapa sekarang’ mesti bangga si lelaki sambil angkat tangan pandang ke arah Jam mahal dengan hati berbunga – bunga. Kehkehkeh!

Tapi berapa ramai dari kita yang mencari jam tangan di pasar malam? Sebenarnya, saya antara mereka yang suka membeli barangan  kat uptown dan pasar malam. Pucuk pangkalnya adalah bagaimana kita menjaga barang tersebut. Benda yang kita panggil sebagai ‘speciality goods’ ini sememangnya memerlukan kadar penjagaan yang cukup rapi. Means bukan kena lap-lap macam body kereta. Cukup sekadar mengelakkan cermin jam dari tercalar, jam tangan terjatuh ataupun memakai jam ketika tangan berpeluh-peluh.

Pakai jam tangan memang nampak lebih KACAK tapi perlu kena pada tempatnya.  Kalau pergi masjid tu, jangalah pakai jam tangan yang boleh berbunyi-bunyi. Kalau masih tak solat, kita masih boleh matikan. Tapi kalau dah solat? Banyak contoh dah kita lihat. Bagi saya ianya agak mengganggu jemaah lain. Apatah lagi kalau dia duduk sebelah kau je. Kehkehkeh!

Incoming search terms: